Awas! Norsham Alfafa Masih Aktif
Ini mesej yang baru saya terima
Norsham Alfafa masih aktif. Masih mencari mangsa-mangsa baru yang naif, dengan modus operandi yang baru.
Kali ini tanpa gunakan medium media sosial sebab sudah banyak kali kantoi.
Berjaga-jaga!
Bacaan lanjut di blog https://afyan.com/?s=alfafa, ada lebih 10 artikel dan tulisan saya tentang Alfafa yang sudah saya bongkar sejak tahun 2013.
Siap naik turun mahkamah apabila Norsham mendakwa saya mengfitnah mereka.
Malah Norsham pernah dilaporkan ditahan reman selepas laporan polis bahawa dia menipu, tapi nampaknya masih tak memberi kesan.
Masih tak serik orang tua ini.
War-warkan kepada rakan-rakan, sanak-saudara, pakcik-makcik, jiran-jiran, sahabat-handai, paklong-maklong, adik-beradik anda.
Kemungkinan mereka mangsa seterusnya.
Mangsa-mangsa lama tidak mahu mengambil tindakan mahkamah, maka sebab itu dia masih berani buat kerja-kerja sebegini.
Saya doakan dia insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Banyak lagi kerja halal di dunia ini. Boleh berniaga, boleh jadi pemandu grab. Boleh masuk bisnes MLM. Boleh buat dropship. Boleh jadi ejen takaful.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran