fbpx

Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya

Ambil pengajaran dari kisah saya ini.

Cerita yang sungguh mendebarkan.

Ceritanya begini;

Isteri saya memang tak aktif media sosial. Ada akaun FB dan instagram, tapi tak aktif langsung.

Media sosial yang beliau aktif ialah whatsapp. Hahaha

Satu hari hendak dijadikan cerita, tiba-tiba dia update status di instagram dengan gambar sungai dengan caption;

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya”.

Cuak beb!

Saya duk fikir, “Apa mimpi isteri aku ni, tiba-tiba update instagram yang lama dah bersawang”

Dalam hati duk memikir, “Apa benda tak kena aku aku buat hari ni?”.

“Apa air yang tenang tu? Siapa pula jadi buaya?”

Issh…. tak tenteram hidup.

“Aku buat salah apa-apa ke?”

“Ada apa tak kena ke?”

Jenuh juga la duk memikir.

Duk belek-belek mesej kot-kot ada silap tulis.

Duk flashback kejadian sehari dua, kot-kot ada silap.

Duk tinjau baju-seluar, kalau-kalau ada salah pakai pagi tadi.

Akhir sekali baru dapat jawapan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rupa-rupanya anak sulung saya update status tu.

Dia nak buka akaun instagram, umminya tak bagi.

Last-last, guna IG ummi dia utk update gambar.

Lega……

Pengajaran untuk suami di luar sana. Berhati-hati dengan instagram isteri anda.

Dan jangan lupa IG saya https://www.instagram.com/afyan.ifp/

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com