fbpx

Azizi Ali Mentor Wang Peminat Insurans

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 380Words
  • 330Views

Di petik dari FB Azizi Ali Mentor Wang

Saya adalah seorang peminat insurans. Saya telah mempelajarinya, dan tahu insurans bukan saja penting tetapi amat kritikal dalam kehidupan kita.

Itulah sebabnya saya mempunyai beberapa polisi insurans hayat (dan beberapa polisi insurans yang lain termasuk Fire dan Travel insurance), dan lebih pentingnya, menyimpan semua polisi itu sepanjang tempohnya (20+ tahun). Saya rasa saya adalah diantara seciput pemilik insurans hayat di Malaysia yang menyimpan polisi insurans yang dibeli sepanjang tempohnya. Keeping a policy beyond 10 years is so rare that most insurance agents have never seen such a policy, what more 20-years old policies!

Sebab utama mengapa saya sanggup dan dapat menyimpan semua polisi itu sepanjang tempohnya adalah kerana (a) I bought them for the right reason i.e. untuk cover risiko (bukan untuk buat duit), dan (b) saya mampu membayar premiumnya (kurang daripada 5% daripada pendapatan saya).

So once again, I am a big believer in insurance.

Bagaimanapun, dalam2 menjadi seorang peminat insurans, saya amat berdukacita dengan cara syarikat dan ejen insurans menjual insurans hayat. Selepas berbuih mulut menceritakan risiko dan protection kepada prospek, kebanyakkan mereka menjual polisi investment-link atau whole life dengan alasan klien boleh buat duit! Saya tak ada masalah dengan klien buat duit tetapi saya ada masalah dengan kedua polisi insurans ini. Ini adalah kerana premium kedua polisi insurans ini tinggi sementara covernya rendah – the exact opposite of what you want from your insurance policies!

Sebagai contoh, seorang coaching klien saya membayar premium RM7,500 setahun. Covernya, tunggu sat, hanyalah RM25,000! Saya jelaskan kepada beliau yang keluarganya akan membelanjakan wang itu dalam masa 2 bulan! Jadi cover itu adalah terlalu sedikit, dan menjadi lebih berat memandangkan premium yang beliau bayar. I felt bad for him, and needless to say, he was very upset with the agent that sold him the policy. (Sebagai perbandingan, saya membayar premium RM9,000 setahun untuk cover RM900,000.)

Cerita sebenarnya sudah tentu lebih panjang. Furthermore, Channel ini bukan forum untuk berbincang panjang lanjut tetapi untuk membuka mata dan minda pembaca.

Dan oleh kerana insurans adalah amat kritikal dalam kehidupan anda, berusahalah sikit untuk mempelajarinya dan jangan berharap kepada ejen insurans 100%!
PS Dalam masa yang sama, jangan gunakan kes klien saya ini untuk mengelak daripada mengambil cover insurans pula!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Salah satu permintaan yang sedang tinggi di bank ketika ini…