Live Di Rancangan Assalamualaikum TVAlhijrah, Topik “Kerana Wang Keluarga Binasa”

Nampak tak saya sedang mengeluarkan aura tu? Hahaha

“Kerana Wang Keluarga Binasa”

Sebenarnya pagi tadi saya ke udara dalam rancangan Assalamualaikum di TVAlhijrah, dengan topik “Kerana Wang Keluarga Binasa”

Berikut merupakan beberapa isi penting yang saya kongsikan tadi serta sedikit penambahan yang tak sempat saya sampaikan.

1. Satu kajian di US mendapati bahawa kadar penceraian seiring dengan naik turun ekonomi negara. Ketika negara dilanda krisis ekonomi, tahap perceraian meningkat.

2. Dari satu kajian Psychological Science in the Public Interest di US, mendapati bahawa tahap kebahagiaan 400 jutawan oleh Majalah Forbes, sama dengan tahap kebahagiaan yang dikecapi oleh penduduk orang-orang asli di Kepulauan Masai, Afrika!

3. Masalah kewangan tidak datang secara tiba-tiba. Antara punca banyaaaaaaaaaak masalah kewangan bermula dari muda ialah daripada pembelian kereta. Beli kereta tak salah tapi ramai yang beli kereta yang salah dan menuju ke #nerakawang

4. Bermula daripada membeli kereta yang salah menyebabkan beban kewangan daripada fresh graduate, akhirnya membawa ke alam rumah tangga.

5. Permasalah kewangan akan lebih kronik apabila berhutang untuk kahwin. Sudahlah masa belajar berhutang (PTPTN, MARA, JPA dll), selepas grad berhutang beli kereta, nak kahwin tambah satu lagi hutang personal loan!

6. Apabila masalah kewangan mulai bertambah, orang akan cuba cari solusi seperti buat hutang baru untuk tutup hutang lama, atau pun cari kerja part time untuk tambah pendapatan.

7. Realitinya, solusi yang dibuat tadi hanya menyelesaikan masalah kewangan untuk jangka masa pendek dan dalam masa sama menimbulkan masalah-masalah baru.

8. Buat hutang baru untuk selesai hutang lama akan menyebabkan tempoh hutang makin panjang. Ada juga yang pendapatan makin besar dalam masa sama perbelanjaan juga bertambah.

9. Jika sesuatu pokok itu mengeluarkan buah yang tidak elok, yang kena kita baca ialah “akar”, maka begitulah juga masalah kewangan. Yang kita kita kena fokus ialah “akar” permasalahan, bukannya “buah”

10. Fokus untuk baiki “akar” iaitu mindset kita tentang kewangan. Kena letak “baja” dengan ilmu melalui bahan pembacaan dan pembelajaran.

Terima kasih kepada krew TV Hijrah yang sudi untuk menjemput saya buat ke sekian kalinya. Juga tahniah kepada Ustaz Nabil Ahmad dan CIk Dewi yang menjadi host yang ohsem tadi.

Tak lupa kepada ahli panel lain Puan Diyana Tahir yang berkongsi tentang sudut pandang psikologi dan emosi suami isteri serta pasanagn Tuan Abdul Muttaleeb Mizad dan Puan Juliana yang berkongsi pengalaman mereka yang berkahwin ketika belajar.

Siapa nak tengok videonya?

 

Kalau ada ramai share posting ini, nanti saya share video pula.

Afyan Mat Rawi

Baca sampai habis? Minta tolong sikit boleh?

1. Follow dan klik see FB.com/afyan.ikhlas ini first jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Telegram t.me/AfyanIFP
YouTube.com/c/AfyanIFP
Instagram.com/Afyan.IFP

UPDATE: video di https://www.youtube.com/playlist…

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com