fbpx

Bab hukum, kita serah kepada pakar

  • 2 years ago
  • 5Minutes
  • 978Words
  • 246Views

Apabila saya berkongsi tentang pandangan hukum-hakam muamalat, saya akan berpandukan kepada pendapat yang dikeluarkan oleh para alim ulama dan fatwa.

Saya hanya seorang konsultan kewangan, dan bukanlah pakar dalam bidang fiqh dan muamalat, maka saya berpandukan ijtihad mereka untuk rujukan hukum. Saya konsisten sejak dahulu hingga sekarang, walaupun ada kadang kala, pandangan yang dikeluarkan oleh alim ulama berbeza dengan pandangan saya.

Contohnya dalam bab ASB, suatu ketika dahulu saya cenderung untuk mengatakannya haram. Ketika itu beberapa fatwa mengharuskan ASB dan ada yang menolaknya. Namun kini tidak lagi, semua fatwa mengharuskan ASB, cuma yang berbeza daripada aspek cleansing wang tidak patuh syariah dalam ASB. Ia masih ada khilaf.

Sebagaimana dahulu saya menghormati pandangan yang mengharuskan ASB, walaupun saya menolak ASB, maka kini apabila semua fatwa mengharuskan ABS, kita akur dan patuh.

Sama juga seperti isu sebuah MLM yang pernah saya sertai. Apabila ramai para alim ulama memberi pandangan hukum, maka saya tinggalkan sekalipun pendapatan bulanan sudah berpuluh ribu.

Begitu juga dalam pelaburan Kripto, saya hanya melabur selepas yakin keharusannya berdasarkan fatwa dan pandangan alim ulama pakar muamalat dalam hal ini. Saya mula berjinak dengan Kripto selepas program Borak MembaWang bersama Dr Daud Bakar berkenaan isu ini. Dalam masa sama, kita hormat jika ada yang berbeza pandangan.

Bab hukum, kita serah kepada pakar. Saya fokus bidang utama saya, konsultansi kewangan.

Namun cara ini tidak dapat diterima oleh bangsa anti bank Islam dan geng forex trader.

Mereka menolak perbankan Islam dengan hujah bahawa ia masih riba. Tambah pelik golongan ini didokong oleh kalangan forex trader, seolah-oleh mereka pakar bab hukum.

Mereka mengfitnah para alim ulama dengan pelbagai tohmahan tanpa rasa hormat. Mereka fitnah alim ulama dan para mufti dibayar untuk menghalalkan perkara haram riba.

Tuduhan mereka sangat berat. Pada mereka, alim ulama hari ni dikawal dan dibayar oleh Rostchild, illuminati, Zionis dsb untuk menghalalkan riba dalam kewangan.

Dan selalunya juga golongan ini jugalah yang sukakan teori-teori konspirasi. Lebih menarik lagi, meraka juga daripada kalangan anti-vaksin tegar malah ada juga daripada kalangan flat-earth. Yang paling ekstreme, borong ketiga-tiada ini serentak: anti-vaksin, bani bumi leper dan bangsa anti bank Islam. Terus mereka bolot ikat tepi.

Hujah-hujah mereka seiring: Alim ulama dibayar oleh kerajaan / Rostchild / zionis / illuminati.

Ayuh kita rujuk hadith-hadith tinggalan junjungan besar Nabi Muhammad (selawat)

‘Daripada Anas bin Malik berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan (oleh sebab itu) apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti.'”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Hadith lain: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menghimpunkan umatku (umat Muhammad) di atas kesesatan. Dan pemeliharaan Allah ke atas jamaah. Dan sesiapa syaz (menyalahi jamaah) bererti yang syaz itu ke dalam neraka.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Tafsiran oleh Imam Tarmidzi, ia merujuk kepada alim ulama.

Bermakna, para alim ulama mustahil untuk bersatu dalam perkara kesesatan, apatah lagi riba.

Kita lihat para alim ulama yang mengharuskan sistem kewangan dan perbankan Islam hari ini, bukan seorang dua, bukan satu dua negara tapi ada raaaaaaamaaaaiii alim ulama daripada pelbagai negara dan pelbagai kesatuan daripada seluruh dunia mendokongnya.

Antara badan-badan kesatuan para alim ulama ini seperti, al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami Mekah, Majma’ al-Fiqh al-Islami al-Duwali Jeddah, Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions(AAOIFI) dan lain-lain lagi.

Malah negara-negara Islam ada mufti dan ulama masing-masing yang memberikan pandangan hukum dalam pelbagai isu fiqh.

Tidak mustahil wujudnya ulama jahat atau ulama suuk dalam kalangan mereka, sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh bangsa anti bank Islam.

Namun untuk mengatakan SEMUA pada alim ulama yang mengeluarkan fatwa itu ulama suuk dan bersepakat untuk memesongkan umat Islam daripada landasan syariat, ia adalah mustahil dan satu tuduhan yang maha berat.

Bagi saya merekalah golongan yang ingin memesongkan umat Islam daripada landasan syariat dan Islam. Saya berani sebut nama, antaranya ialah Ezral, Safdar Alam dan Ezzul Haris. Saya sebut 3 nama ini mewakili 3 medium yang mereka aktif iaitu Facebook, Twitter dan Tiktok.

Sudah lama saya pendamkan perkara ini dan berkongsi tanpa sebarang emosi. Tapi kali ini terpaksa mention nama-nama mereka secara direct memandangkan mereka melampau batasan.

Saya bersedia menerima risiko atas tulisan ini. Selama ini pun saya memerangi mereka di ketiga-tiga medium Facebook, Tiktok, dan Twitter.

Saya yakin, bagi yang sudah lama follow saya, mengetahui perkara ini.

Paling tidak jika tidak dapat bersetuju, hormatilah institusi fatwa dan alim ulama. Kalau yakin dengan pendapat sendiri, banyak saluran yang ada. Buat kertas kerja, buat conference dan bentangkan. Buka kepada publik untuk membuat penilaian.

Jika yakin perbankan Islam hari ini penuh dengan riba, buat institusi sendiri. Kumpulkan modal dan tubuhkan satu model yang boleh bersaing dengan perbankan Islam, bukan hanya pandai mengkritik.

Islam pun ajar adabul-ikhtilaf. Malah Rasulullah sebut bahawa perbezaan pandangan di kalangan umatku adalah rahmah. Ia merujuk kepada kepelbagaian pendapat dalam fiqh Islam dalam hal-hal furu’ yakni cabang.

Berbeza itu fitrah, tinggal lagi bagaimana kita berhadapan dengan perbezaan tersebut. Raikan perbezaan selagi mana ia tidak melanggar syariat.

Nabi juga pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang hakim melakukan hukum lalu dia berijtihad dan kemudiannya dia benar maka untuknya dua ganjaran pahala. Sekiranya beliau menghakimi dan berijtihad, kemudian dia tersilap maka baginya satu pahala.”

Riwayat al-Bukhari (7352) dan Muslim (1716)

Andai kata semua alim ulama dan Mufti yang berijtihad bahawa perbankan Islam harus dan ijtihad itu salah, siapa kita untuk menentukan mereka salah? Jika mereka salah selepas menggunakan segala ilmu mereka untuk berijtihad, mereka tetap mendapat pahala.

Malah dalam Islam, apabila seseorang ulama memberikan pandangan hukum dan ada pandangan lain yang berbeza, ia tidak membatalkan salah satu pandangan.

Dalam Islam, khilaf adalah perkara yang diraikan dan hendaklah disertakan dengan penghormatan dan adab yang tinggi. Kaedah menyebut: “Tidak ada keingkaran pada mujtahid dalam masalah khilaf.”

Semoga Allah memberi pahala untuk para alim ulama yang berijtihad menyediakan alternatif perbankan Islam untuk mengelakkan umat Islam terjebak dalam perbankan konvensional.

Kita dah masuk tahun 2022, golongan seperti Ezral, Safdar Alam dan Ezzul Haris hanya membawa umat Islam ke belakang. Saya bersedia menerima sebarang risiko atas kenyataan ini.

Wassalam.

Afyan Mat Rawi, IFP

INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Gambar saya ambil daripada page Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Siapa…