Siapa yang kejam sebenarnya? Masa pinjam, bukan main manis muka

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:51Views

Gambar saya ambil daripada page Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Siapa ada pengalaman macam ni?

Masa pinjam, bukan main manis muka. Tapi apabila minta bayar balik, macam-macam alasan.

Dalam komen ini, 21 tahun tak bayar hutang! Saya pun ada pengalaman macam ni. Ada beberapa rakan yang belajar masa zaman UIA dulu, lebih 20 tahun masih tak bayar. Buat-buat lupa pula.

Sama macam baru-baru ni, viral penyewa flat DBKL yang tertunggak sebanyak 57 juta!!!!!

Walhal sewa dikenakan DBKL hanyalah serendah 124 hingga 240 sahaja sebulan.

Sama juga apabila seorang pegawai MARA pernah berkongsi dengan saya, hutang tertunggak peminjam MARA berjumlah 50 billion!

Ada yang sampai dah meninggal, masih lagi tak habis bayar!

Ada yang hantar santau kepada pegawai berkenaan apabila buat tuntutan hutang!

Ada yang dapat bantuan pinjaman MARA, beli merata tapi bisnes suam-suam kuku.

Sebab itu saya rasa nak tergelak ada pihak yang menuduh bank Islam kejam sebab letak harga jualan rumah tinggi dan kenakan denda jika lewat bayar, yang selalunya datang daripada bangsa anti bank Islam.

Bayangkan kalau ada bank Islam yang sediakan pinjaman qardhul-hasan yakni pinjaman atau pembiayaan tanpa sebarang keuntungan, kemudian kalau lewat bayar tak dikenakan sebarang tindakan denda, agaknya apa yang akan terjadi?

Berapa ramai yang akan pinjam lepas tu buat-buat lupa macam ni?

Pinjam nak banyak, nak cepat. Lewat bayar taknak kena denda. Kalau boleh nak minta free.

Siapa yang kejam sebenarnya?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Ok tak manfaat takaful dan hibah berganda ini? Dengan sumbangan…