fbpx

Adakah berbaloi buat hutang bercagar KWSP kemudian letak di ASB?

  • 10 months ago
  • 1Minute
  • 169Words
  • 116Views

Berbaloi tak kalau apply hutang bank cagar KWSP, kemudian parking duit tu dekat ASB supaya beranak-pinak?

Ini kiraan saya:

Andaikan kita buat hutang bank 50k dan kemudian cagarkan KWSP.

Kemudian 50k tu letak di ASB, dgn andaian keuntungan 5% setahun, ia jadi 81k dalam masa 10 tahun.

Hutang 50k tadi, selepas 10 tahun, bayaran balik ialah 75k.

So, 81k tolak 75k, ada lagi lebihan 6k.

81k – 75k = 6k.

Simulasi di atas dgn andaian

1. Pulangan ASB purata 5%

2. Bayaran balik 5% tanpa terkesan OPR

Amacam? Berbaloi atau tak?

Silakan berikan pandangan secara objektif tanpa sentimen politik kepartian.

Beberapa update selepas baca komen.

1. Kiraan di atas tidak termasuk pulangan KWSP. Saya tak letak dlm simulasi ini sebab ia memang akan dapat walaupun tak buat hutang bercagar ini.

2. Inflasi pun saya tak masukkan sebab ia tidak mengubah kiraan di atas. Buat hutang atau tidak, inflasi tetap ada. Bezanya kalau tak buat hutang, tak ada lebihan 6k di atas.

3. OPR akan mempengaruhi bayaran balik jika hutang bank itu jenis flactuate.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berbaloi tak? Pembiayaan peribadi RM50K MBSB Bank dan cagarkan KWSP,…