fbpx

Fakta sebenar sesi live bersama Dato Manap yang disalah erti oleh bangsa anti perbankan islam

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 515Words
  • 307Views

Baru perasan, @Ezzul Haris dan @Wana Husna bercakap pasal saya tentang tawaran kepada bangsa anti bank Islam untuk muncul live.

Kemudian mereka kata, saya dah buat live dengan bekas CEO Bank Muamalat, Datok Manap, jadi dah memadai. Untuk berlaku adil, saya kongsikan posting dan komen mereka memperkatakan pasal saya. Rujuk 3 gambar pertama.

Merujuk kembali live dengan Dato Manap, tidak ada beliau mengatakan perbankan Islam ada riba dan haram, sebagaimana yang didakwa oleh bangsa anti bank Islam seperi Sdra Ezzul Haris.

Malah Dato Manap berulang kali mengatakan bahawa beliau bukan ulama dan dalam bab hukum perlu merujuk alim ulama. Beliau juga mengakui bahawa sedang membangunkan model kewangan sendiri dan ada penasihat syariah.

Fokus beliau dalam live berkenaan adalah kesan buruk hutang perbankan Islam yang sama sahaja kesannya dengan perbankan konvensional.

Malah tajuk sesi live tersebut yang pada asalnya saya mencadangkan “Perbankan Islam Haram?”, diubah kepada “Perbankan Islam Membawa Kemudaratan Kepada Rakyat?” atas permintaan pihak beliau, rujuk gambar di bawah.

Sebenarnya cadangan menjemput Dato Manap adalah daripada bangsa anti bank Islam di posting saya pada 4 Februari lepas. Posting asal adalah untuk menganjruka sesi live bertajuk “Perbankan Islam Haram”.

Rujuk gambar di bawah hingga terakhir, posting berkenaan dan komen daripada tulisan itu. Topik asal yang saya cadangkan “Perbankan Islam Haram”, masih belum berkesampaian.

Jadi buat ke sekelian kalinya saya ingin menawarkan Sdra Ezzul Haris untuk muncul live untuk memberi hujah bahawa perbankan Islam haram dan ada riba.

Sesi live berkenaan bukan sesi debat. Saya sebagai pemudah cara dan Sdra membentangkan hujah Sdra, diikuti sesi soal jawab oleh para hadirin melalui ruang komen.

Saya hanya membaca soalan dan Sdra perlu jawab. Ia bukan sesi debat. Jika mahu buat sesi debat, kita boleh cari penganjur.

Tawaran ini saya juga offer kepada mana-mana bangsa anti bank Islam.

Sebagaimana semua yang sedia maklum, saya adalah pro kepada perbankan Islam. Jadi, bukan mudah untuk saya menawarkan peluang sebegini kepada pihak yang berbeza pandangan.

Sebelum ini saya pernah offer kepada geng forex dan mereka terima. Saya pernah offer kepada Dato Manap dan beliau terima.

Jadi kali ini saya tawarkan kepada mana-mana pihak yang suka menghentam perbankan Islam, yang mengatakan perbankan Islam haram dan ada riba untuk live di pentas saya.

Ia hampir mustahil berlaku dalam situasi lain, politik umpamanya. Mustahil sekali untuk Daro Sri Anwar Ibrahim menjemput Tok Guru Haji Hadi atau Tan Sri Muhyidin Yassin untuk muncul live di pentas PH. Mustahil juga untuk TGHH / TSMY menjemput DSAI untuk memberi ucapan di majlis PN.

Jadi, sekali lagi saya sampaikan terima tawaran ini walaupun saya boleh jangka jawapan dan alasan Sdra.

Ia tiada kaitan dengan bisnes takaful dan buku saya. Kalau saya nak cari pelanggan takaful, tak perlu pun buat program yang tak ada kaitan dengan takaful.

Jangan hanya berani berdegar di Tiktok dan FB tapi apabila diajak untuk muncul live.

Jangan jadi seperi ayam jantan yang kokok berderai-dera, tapi ekor bergelumang tahi.

P/S: Tolong tag Sdra Ezzul Haris. Saya nak tag tak dapat.

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended