Bakal perunding baru: Keberkatan rezeki lebih utama

  • 2Minutes
  • 281Words
  • 14Views

Tadi saya menerima satu permohonan daripada seorang bakal perunding takaful yang ingin menyertai INFAQ Consultancy.

Terkejut juga apabila saya tahu beliau sebenarnya sudah berdaftar sebagai ejen takaful di syarikat lain, baru tiga bulan.

Namun rasa terharu bila membaca sebab beliau mahu bersama INFAQ.

Katanya, “Saya nak duduk dalam company yang betul-betul Shariah compliance untuk keberkatan rezeki.”

Subhanallah.

Di INFAQ Consultancy, kami tak pernah gunakan ayat “syarikat paling Shariah compliance” sebagai bahan promosi untuk tarik pelanggan atau konsultan untuk menyertai kami di Takaful IKHLAS

Mungkin ada agensi lain yang guna pendekatan sebegitu, saya namun tidak bagi kami.

Kami hanya highlight fakta sebenar seperti satu-satunya syarikat yang ejen hanya perlu gunakan handphone untuk buat submission tanpa perlu pakai iPad, komisen setinggi 40% berbanding syarikat lain sekitar 25% ke 35%, mudah naik pangkat dan sebagainya.

Hakikatnya, semua syarikat takaful di Malaysia adalah patuh Syariah.

Namun tidak dapat dinafikan ada juga ejen dan agensi takaful yang dalam masa sama turut memasarkan insurans konvensional. Bab ini saya tidak akan kompromi.

Saya sendiri banyak kali menegur secara terbuka ejen-ejen takaful yang masih menjual produk insurans konvensional.

Keberkatan rezeki itu lebih utama daripada angka komisen.

Atas sikap itu, tak lama dahulu ada ejen yang tidak senang duduk dengan teguran itu sehingga membuat laporan terhadap saya, kepada pihak pengurusan syarikat takaful.

Alhamdulillah, kes tersebut selesai selepas saya utarakan hujah-hujah kepada pihak syarikat.

Tidak mengapa. Selagi teguran itu demi menjaga prinsip dan maruah industri takaful, saya akan terus bersuara.

Jika ada rakan-rakan yang tidak selesa berada dalam agensi memasarkan takaful dan insurans serentak, dialu-alukan untuk berhijrah.

Atau mana-mana yang berminat untuk jalankan bisnes takaful secara part time bersama kami, dialu-alukan.

Elaun tambahan RM5,000 untuk ejen baru disediakan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Tahukah anda, di Selangor sudah ada fatwa berkenaan hukum berurusniaga…