fbpx

Bangsa anti bank Islam ugut nak saman

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 663Words
  • 1025Views

Baru semalam saya tinggalkan pesanan, terutama kepada geng forex dan bangsa anti bank Islam.

Pesanan tersebut bermaksud:
“Jika taknak saya screnshot komen cerdik Tuan-Tuan, tak perlu tinggalkan komen di FB saya.

Lagi banyak komen, lagi banyak terserlah kecerdikan. Kalau rasa tak puas hati dengan posting saya, jangan stalk. Sebab apabila start stalk, Tuan-Tuan akan rasa tak puas hati dan komen. Apabila komen tanpa ilmu, maka akan tonjolkan kecerdikan itu.”

Jadi, apabila ada yang tinggalkan komen cerdik dan dikongsikan kepada publik, janganlah meroyan pula. Jika taknak, komen di FB sendiri dan kemudian setting only me. Meroyan la sepuas hati dan takkan ada orang tahu.

Sekarang musim saya duk lawan dengan geng forex dan bangsa anti bank Islam. Sebelum-sebelum ini juga saya biasa duk melawan dengan kaki scammer, kaki skim cepat kaya, leader kompeni Kristianisasi, ejen takaful misleading, ejen unit trust misleading, ejen insurans konvensional dan sebagainya.

Yang follow saya daripada FB Personal, sampai kena blok sebab banyak sangat report, sampai saya aktif di Page ini, tahu semua ni.

Alang-alang dah berpesan ni, pesanan ini juga saya tujukan kepada mereka

– kaki scammer
– kaki skim cepat kaya
– leader MLM tak mengaku MLM
– leader kompeni Kristianisasi
– ejen takaful misleading
– ejen unit trust misleading
– ejen insurans konvensional
– dsb

Ugutan saman pun dah biasa saya terima. Ugutan pertama oleh seorang ejen insurans konvensional yang mengatakan bahawa fatwa tersilap apabila memutuskan bahawa insurans konvensional haram.

Ia berlaku kira-kira pada tahun 2008, kira-kira 14 tahun lepas dan masih diabadikan di blog saya posting berkenaan perkara itu.

Kemudian pernah juga ugutan sama daripada ejen-ejen takaful katanya saya memburukkan kompeni mereka. Walhal, saya dedahkan cara promosi ejen takaful yang misleading. Saya dedahkan posting iklan mereka yang menjanjikan pulangan tinggi dalam takaful dan sembunyi kos di sebalik itu.

Mereka mengamuk dan nak adukan kepada regulator. Tapi sampai sekarang posting saya tu masih ada di blog tanpa sebarang tindakan.

Begitu juga dengan ejen-ejen unit trust misleading, saya pernah dedahkan sehingga diambil tindakan oleh pihak regulator kerana menimbulkan kekecohan dalam industri unit trust.

Ugutan saman paling biasa saya terima ialah daripada kaki scammer dan skim cepat kaya seperti Tok Belagak Darul Emas Perak, Norsham Alfafa, Mecca Fund, Infinity Downline, Highway Group Binding dan sebagainya.

Kenapa saya aktif sangat membongkar semua ni?

Saya anggap ia sebagai fardhu kifayah dengan sedikit ilmu kewangan saya ada di kala ramai perunding-perunding kewangan lebih selesa fokus kepada bisnes dan berkongsi tip-tip kewangan, pelaburan dan sebagainya.

Tugasan hakiki saya sebagai perunding kewangan berjalan seperti biasa.

Posting-posting kewangan di blog, Telegram, Tiktok, IG, YouTube, Twitter dan sebagainya masih ada. Video-video kewangan pun banyak kali saya post dan mendapat sambutan.

Dalam masa sama, produk-produk kewangan saya masih dipasarkan seperti biasa terutama takaful, Private Mandate, unit trust, Seminar Bijak Merancang Wang dan Buku Bijak Merancang Wang.

IKLAN: Buku saya boleh didapati di BukuBMW.com
BukuBMW.com
BukuBMW.com
BukuBMW.com

Tamat iklan. Sambung posting:

Semuanya saya berjalan seiring dari dulu sampai sekarang.

Cuma saya buat kerja “part time” untuk mendedahkan semua ini. Ya, kerja part time sahaja. Saya bergerak solo tanpa team atau NGO untuk jalankan kerja-kerja ini.

Saya tahu risikonya tapi saya tak boleh berdiam diri. Sekurang-kurangnya saya ada jawapan apabila ditanya oleh Allah kelak apa usaha saya untuk mengelak orang ramai terjebak dengan skim cepat kaya, scammer, skim piramid, ejen misleading, leader MLM penipu, forex, dan seumpamanya.

Masuk mahkamah pun saya deh pernah apabila disaman oleh Norsham Alfafa, dan Alhamdulillah Allah beri kemenangan. Sampai sekarang dia masih tak bayar kos mahkamah saya sebagaimana arahan hakim.

Sekarang pula masih dalam proses perbicaraan kes sebuah syarikat MLM yang mengelirukan pengguna, yang pernah saya dan beberapa influencer lain dedahkan tahun lepas.

Nak saya saya minta maaf? Boleh.

Minta maaf banyak, saya takkan tarik balik kenyataan.

Tak bersetuju dengan saya? Silakan, kita di negara demokrasi.

Cuma sekali lagi nasihat saya, jika tak bersetuju, lebih baik jangan komen jika tidak mahu stres susulan komen yang terlebih cerdik.

Dan seperti biasa saya akan AMBIL KESEMPATAN untuk promote Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

BukuBMW.com
BukuBMW.com
BukuBMW.com

Sumber dari FB page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Minta tolong cek, nampak macam akaun fake. Kalau fake, saya…