fbpx

Bedah Buku Tersontot Di Pintu Shorga

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 423Words
  • 378Views

Terima kasih sahabat saya Sdra Mohd Nadzim atas review buku ini.

Buku ini dah tak dicetak lagi. Jadi jangan tanya mana nak beli.

Kalau ada jumpa tu, kira bertuah la. Tak silap sahabat saya ni beli online masa PKP, baki stok yang kedai return sebab tak laku kot. Hoho!

Kat ofis saya ada beberapa buah. Saya ingat nak lelong, siapa bida paling tinggi akan dapat….

Amacam?

Dari FB Mohd Nadzim

Bedah Buku (6): Tersontot di Pintu Shorga

Buku hasil karangan sahabat saya, Afyan Mat Rawi. Kami sama-sama terlibat dalam pemuda PAS Gombak tetapi beliau lebih menyerlah. Bab kewangan, beliaulah pakar rujuknya. Bidang kemahiran – lawan scammer.

Buku ni, nak tulis tajuknya buku pun segan. Mungkin agak mencarut bagi sesetengah orang tapi bila dibaca isi kandungannya, rasanya agak sesuai tajuk ni diletak.

Disclaimer:
Review buku ni, hasil inisiatif saya sendiri. Dia tak suruh & saya tak dapat 1 SEN pun, haha.

Tajuk ni sengaja diletak supaya pembaca ambil perhatian apa yang nak diceritakannya. Isi kandungannya, sekitar panduan ringkas untuk mengajar orang awam, kesedaran, ilmu asas serta cara-cara untuk mengelakkan dari ditipu dalam skim cepat kaya. Dalam masyarakat Melayu, skim ni dah bertapak lama, isinya sama, sekadar berubah kulit sahaja. Akibat orang-orang kita yang ghairah yang nak dapat duit yang banyak dalam masa yang singkat, apa pun skim atau peluang, terus masuk tanpa usul periksa.

Kenapa Shorga?

Impian kononnya nak mendapat pulangan pelaburan dalam masa yang singkat, hancur kerana ditipu. Semuanya kerana kurang usul periksa, terlalu cepat percaya & jahil dalam bab-bab ilmu asas kewangan & pelaburan.

Ada beberapa tips kewangan yang dikongsikan, antaranya:

1. Sebelum sertai sebarang pelaburan, semak samada ianya patuh syariah (ada panel syariah yang menjadi rujukan) & samada skim itu tersenarai di dalam pelaburan yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau Securities Commission. Rajin-rajin buat semakan di internet.

2. Perlu ada sikap skeptikal atau pesimis untuk menilai peluang pelaburan yang ada. Semua skim pelaburan yang ada pulangan TETAP adalah skim cepat kaya (akan mudah ditiupu) kecuali dibuktikan sebaliknya.

3. Kebanyakan skim cepat kaya ni hayatnya tak pernah lama, 10 tahun maksima. Cuba periksa latarbelakangnya, dah berapa lama ia dijalankan.

4. Semua pelaburan, ada risiko; turun naik harga, ekonomi & samada benar atau ditipu. Yang terakhir paling sakit.

5. Jauhi skim perniagaan yang menggalakkan ahli-ahlinya BERHUTANG apabila mahu MEMULAkan perniagaan. Income takde, dah mula berhutang. Sakit..

Ini antara isi penting. Banyak lagi yang tersenarai. Kena beli sendiri lah.

Kepada penulis, Saudara Afyan Mat Rawi, didoakan semoga terus sihat, cerdas & terus aktif mendidik anak bangsa untuk celik bab-bab kewangan ni (cewah).

#IniBukanPromosiBerbayar
#RamadhanKareem

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari FB Khairul Anuar Basri PKP : Poket Kena Penuh…