fbpx

Belajar Dari Robert Samuel, Seorang “Professional Line Sitter.”

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 372Words
  • 273Views

Hilang pekerjaan? Apa yang kita boleh belajar dari Robert Samuel, seorang “professional line sitter.”

Lelaki ini menyediakan perkhidmatan beratur dan menunggu bagi pihak anda. Sebagai contoh, beratur untuk beli IPhone limited edition, PlayStation, tiket konsert, tiket wayang dan seumpamanya.

Kali pertama dia mendapat idea untuk perkhidmatan ini adalah selepas beliau diberhentikan kerja pada tahun 2012 dan perkhidmatan pertama ialah beratur untuk membeli iPhone 5. Dalam keadaan terdesak hilang perkerjaan dan perlukan Wang, Samuel mengiklankan perkhidmatannya di Craiglist dengan upah 100 USD.

Dia mendapat pelanggan pertama. Yang menariknya, ketika beratur dan beberapa jam sebelum membeli iPhone, pelanggan asalnya membatalkan tempahan belian, namun tetap membayar Samuel upah yang dijanjikan. Lebih menarik lagi, selepas pelanggan asal membatalkan tempahan, Samuel “menjual” tempat beraturnya kepada pelanggan lain. Akhirnya, selepas 19 jam menunggu, beliau berjaya mendapat upah sebanyak 325 USD!

Selepas itu, dia berjaya jadikan profesyen itu sebagai pekerjaan profesional. Dia mengambil upah 25 USD untuk sejam pertama, dan 10 USD untuk jam berikutnya.

Apa yang beliau lakukan ialah jalan-jalan sekitar bandar New York, jika nampak orang sedang beratur panjang, beliau akan menyapa “Tuan/Puan penat beratur? Biar saya gantikan”. Dari pekerjaannya, beliau memperoleh sekitar 1,000 USD seminggu!

Kemuncaknya, beliau menubuhkan syarikat Same Ole Line Dude atau SOLD untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Nampak tak, dalam kesempitan ada kesempatan.

Dalam krisis, ada peluang.

Mungkin ada yang boleh mulakan perkhidmatan sebegini di bazar-bazar Ramadhan

Lakukan seperti Samuel, jalan-jalan di bazar Ramadan dan apabila nampak orang beratur panjang dan sapa mereka. “Penat beratur untuk membeli martabak? Biar saya gantikan tempat anda”

Apa yang boleh kita belajar dari kisah ini?

IKLAN: Topik “Kesempatan Dalam Kesempitan” ada dikongsi dalam ebook PKP: Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! Ia boleh didapati melalui Buku Bijak Merancang Wang.

Dalam modul Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

  1. Aliran Tunai
  2. Aset dan hutang
  3. Simpanan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan
  6. Penyucian
  7. Pewarisan

Boleh dapatkan buku Bijak Merancang Wang di bukuBMW setebal 320 muka surat halaman warna.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

Siapa yang dapatkan buku ini akan terima juga hadiah:

1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!

2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik BukuBMW
Ketik BukuBMW
Ketik BukuBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam trend industri takaful hari ini ramai yang mempromosi "hibah…