Nak Selesaikan Hutang Tapi Abaikan Kesihatan

Dipetik dari FB Rashid Mohaimin

Salah satu rejection yang saya dapat ialah ingin menyelesaikan hutang secepat mungkin. Terutama sekali hutang-hutang jahat seperti kad kredit, kereta, motorsikal dan personal loan. Lagi cepat lagi bagus. Target selesai hutang dalam masa setahun atau 2 tahun.

Saya tak kata nak selesaikan hutang cepat ni tak bagus. Baguslah dah ada kesedaran hutang perlu diselesaikan secepat mungkin. Tapi dalam perancangan kewangan ada satu bab namanya bab perlindungan diri atau takaful.

Dalam kita ghairah ingin menyelesaikan hutang mungkin kita terpaksa buat banyak kerja dalam satu masa. Nak dapatkan pendapatan lebih untuk menutup hutang-hutang jahat yang ada sehingga terlupa diri terdedah kepada bermacam-macam risiko.

Jika bekerja dalam satu bidang sahaja mungkin anda hanya perlu fikirkan risiko-risiko ketika pergi dan pulang daripada tempat kerja sahaja. Tapi apabila anda melakukan 2 atau 3 kerja, selepas buat kerja hakiki buat pula kerja part-time sehingga larut malam, adakah anda yakin badan anda mampu untuk bertahan? Esoknya pagi-pagi dah kena buat kerja hakiki.

Maka di sinilah risiko lain pula akan terlibat. Apabila badan terlebih bekerja dan kurang tidur, keletihan akan mula menguasai. Ketika kerja mungkin tak terasa sangat tapi ketika memandu kereta atau menunggang motorsikal rasa mengantuk yang teramat sangat akan terasa.

Perkara biasa yang kita dengar ketika memandu ialah fenomena “micro sleep”. Ketika fenomena ini berlaku otak sudah tidak berfungsi untuk mengawal tindakan badan. Otak seperti sudah “tertidur” walaupun ketika itu mata terbuka. Sangat menakutkan!

Pada sesetengah orang fenomena ini berlaku dalam 2 atau 3 saat ketika memandu dan boleh berhenti di hentian rehat untuk tidur seketika. Tetapi kebanyakan kemalangan berlaku kerana pemandu terus tertidur dan hilang kawalan. Sedar-sedar sudah berada di hospital. Itu kalau dekat hospital. Kalau sedar-sedar je dengar suara malaikat Munkar dan Nakir macam mana pula?
Nauzubillah…

Jadi disini saya nak tekankan bahawa tidak salah untuk selesaikan hutang dengan segera tetapi perlulah dilengkapi dengan perlindungan takaful. Buatlah barapa banyak kerja pun yang anda inginkan tetapi perlindungan diri jangan diabaikan.

Anda boleh mencarum untuk jumlah yang sedikit dahulu. Setelah selesai semua hutang boleh upgrade ke pelan tambahan. Tidak perlu langgan pelan lengkap. Pelan Income Protection basic pun sudah mencukupi buat sementara waktu.

Ada pula komen yang mempersoalkan kenapa perlindungan basic ni hanya 20 tahun? Tak berbaloi la bayar sekejap je.

Soalan saya ” Encik yakin encik akan hidup pada esok hari?”

.

Sekian perkongsian.

.

Rashid Mohaimin
Sahabat Takaful Anda 👍
https://pmwasap.com/RashidMohaimin

INFAQ Consultancy
“PLAN Your Wealth, CHANGE Your Life!”

 

Dari sumber FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com