Belajar Daripada Kejayaan Mael Totey The Movie

Apa yang boleh usahawan pelajari daripada kejayaan Mael Totey The Movie?

 

1. 5 tahun di YouTube dengan 2.4 juta pengikut

Syahmi Sazli membina pengaruh selama 5 tahun di YouTube dengan 2.4 juta pengikut sebelum meluncurkan filem pertamanya. Apa yang usahawan boleh pelajari, bina funnel marketing sebelum lancarkan produk, bukan fikir produk dulu baru nak fikir marketing plan.

 

2. Filem Mael Totey Mula di Tayangkan Di Astro First

Selama 5 tahun Syahmi Sazli menarik penonton di YouTube sebelum pada tahun 2020 menerbitkan filem yang ditonton melalui siaran berbayar di Astro First. Filem Mael Totey adalah kesinambungan drama-drama spontan yang selama ini disajikan secara percuma di YouTube. Apa yang usahawan boleh pelajari, jangan takut untuk laburkan dan beri pelanggan cuba produk kita dahulu secara percuma.

3. Mael Totey kekal menggunakan dialek Kelantan

Sebagaimana drama-drama spontan yang beliau terbitkan di YouTube, filem Mael Totey ini menggunakan dialek Kelantan sbg bahasa pengantar filem ini. Apa yg usahawan boleh pelajari, produk dengan budaya tempatan masih boleh dijual tanpa perlu bergantung kepada budaya dan imej luar.

4. Nama “Mael Totey” berjaya di komersialkan

Nama “Mael Totey” itu sendiri terlalu tempatan, kenegerian dan tak nampak nilai komersial tapi berjaya mendapat sambutan. Apa yang usahawan boleh pelajari, branding tempatan pun boleh dijual jika kena dengan caranya.

5. Tiada unsur manipulasi wanita

Tiada watak wanita yg tidak menutup aurat dan tiada elemen berpegangan tangan sesama bukan mahram sepanjang filem. Apa yg usahawan boleh pelajari, tanpa manipulasi wanita & aurat, produk masih boleh boleh mendapat sambutan. Jgn desprate dedahkan sana sini utk lariskan jualan.

6. Semuanya atas dasar minat

Syahmi Sazli tidak ada layar belakang video, tapi kerana minat dia berjaya mengumpul 2.4 juta pengikut di YouTube dan filemnya mendapat sambutan. Semuanya atas dasar minat. Apa yang boleh usahawan pelajari, lakukan kerja apa yang kita minat dan minat apa yang kita kerjakan.

Imej sumber dari HM

7. Mendapat restu daripada ibu bapa

Syahmi Sazli pernah bercerita bahawa dia berhenti belajar dan dapatkan keizinan ayahnya sebelum menjadikan hobinya membuat video sebagai kerjaya sepenuh masa. Apa yang usahawan boleh pelajari, restu daripada ibu bapa sangat penting. Jangan tiru bab berhenti belajar ya.

 

8. Mula melahirkan bintang

Di saat pengarah filem dan usahawan lain mencari bintang popular untuk melariskan produk dan menjadi duta, Syahmi Sazli melahirkan bintang baru, dari kalangan OKU pula tu. Apa yang usahawan boleh pelajari, jangan takut untuk menongkah arus.

9. Menampilkan insan-insan istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU)

Filem Mael Totey menampilkan aktor-aktor dari insan-insan istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tak pernah dilakukan oleh mana-mana pengarah filem. Sekali lagi, apa yang boleh usawahan pelajari, jangan takut menongkah arus.

10. Tidak mengira pangkat dan darjat

Daripada YouTube ke filem, Syahmi angkat watak OKU. Mereka anak syurga & dimuliakan Allah. Mungkin atas asbab itu, Allah murahkan rezeki beliau. Apa yg usahawan boleh belajar, buat baik kpd semua orang tanpa mengira darjat, pangkat. Kita tak tahu siapa yg pegang kunci rezeki kita.

11. Sokongan rakyat Kelantan

Sokongan rakyat Kelantan juga faktor utama kejayaan filem ini. Pelakon Kelantan, dialek Kelantan, tajuk Kelantan & difilemkan di Kelantan. Usahawan, Jgn abaikan faktor Kelantan dalam segmen pelanggan. Mereka ada di mana-mana dan semangat kenegerian mereka sangat kuat.

 

 

Afyan Mat Rawi

Jemput follow utk lagi tip-tip kewangan

Anak Besut a.k.a Kelantan yang tersakiti.

Belum sempat lagi langgan Astro First

UPDATE: Saya baru teringat, saya pun ada Channel YOUTUBE

Youtube Channel, Tolong view dan subscribe ya?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post
Recommended
  Jika ada yang pelik kenapa saya beberapa kali menulis…