fbpx

Beli Apabila Perlu Sahaja

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 210Words
  • 300Views

Berjimat cermat amalan mulia. Tulisan dari FB Pn Noraini Othman ini boleh dijadikan teladan.

‘Ok, jap lagi aku sampai’ kata saya yang sedang memandu mahu berjumpa kawan di expo berhampiran.

Sampai sahaja saya lihat dia dan rakan sedang belek baju kurung untuk Hari Raya akan datang untuk anak-anak.

Saya tanya, ‘Kenapa nak beli?’

‘Murah, lagi pun bapak dia kata tak nak belikan sebab baju tahun lepas elok lagi’, katanya.

‘Betul la tu, pakai sekali je kan, pastu pakai pun sekejap je’

‘Ala murah ni’.

Saya tak perasan saya dah tarik muka agaknya masa ni sebab dia tanya ‘Kau nape tak beli? Ada masalah ke? Susah hati ke?’

Spontan saya jawab ‘Aku tak beli sebab aku rasa yang tahun lepas memang boleh pakai lagi, lagi pun aku kan jenis orang yang beli barang bila perlu je.’ 😜

Sejak join INFAQ Consultancy yang selalu bercerita perihal kewangan maka ginilah saya.

Dah lama tak beli baju dan tudung baru pun tak jadi isu. Yang lama masih elok sangat.

Teringat pula ketika anak kesayangan Baginda Nabi Muhammad saw bernikah, pakaiannya bertampal sana sini. Allahurabbi…

Baginda Nabi Muhammad saw bukan miskin malah kaya tapi Baginda memilih untuk menginfaqkan kekayaan untuk perjuangan Islam.

Noraini Othman
INFAQ Consultancy JDT

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dialog di bawah adalah berkenaan dengan tabung pendidikan. Boleh baca…