Ini Posting Terakhir Saya Tentang Politik

Saya dah lama tak tulis dan ulas pasal politik. Sebab dah bosan tengok drama politik negara.

Jadi ini mungkin yang terakhir saya tulis dengan panjang lebar. Dengan perkembangan terkini, macam tak ada harapan untuk mendapatkan kerajaan yang lebih baik.

Dulu saya jangka dengan berubahnya kerajaan, kita akan dapat kerajaan yang lebih baik. Tapi dah 2 kali perubahan, harapan tinggal harapan. Saya tau akan ada yang komen “takkan baru kahwin dah dapat anak? Sabar la sikit. Baru beberapa bulan”

Entahlah… Dalam masa 2 tahun lebih dari sekarang, PRU akan menjelma. Anak yang bakal lahir tadi pun akan baru berusia 2 tahun lebih kalau ia lahir.

Ya, kita mahukan yang terbaik. Tapi dalam situasi yang ada sekarang, pilihan yang ada sangat terhad. Kita rakyat terpaksa memilih antara 2 mudarat.

Memang ia ada dalam kaedah fiqh disebut sebagai memilih antara dua mudarat. Kita kena pilih mudarat yang paling ringan antara 2 mudarat yang ada.

Kedua-dua PN dan PH mempunyai liabiliti yang lebih kurang sama.
Dua-dua ada individu terpalit isu rasuah.
Dua-dua ada parti yang terpalit imej ultra kiasu.
Kedua-duanya ada individu terpalit imej semburit.
Kedua-duanya ada imej penunggang agama.

Saya yakin apa yang ditulis ini akan dipandang sinis oleh yang taksub politik. Tengok la kat komen nanti.

Komen yang paling dijangka akan bermaksud lebih kurang “Kalau kau pandai sangat pasal politik, terjun la dalam politik. Baru tau langit tinggi rendah”.

Saya terima seadanya. Ini posting terakhir saya tentang politik…

… bagi bulan ini. Kita jumpa lagi bulan depan.

Apa kesimpulan daripada posting ini? Kesimpulannya, kena dapatkan segera e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW di www.SeminarBMW.com sebelum harga naik lagi.

Sebab, mana-mana parti politik naik turun pun kita tetap kena jaga periuk nasi kita. Bukan mereka.

Kbai…

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi