fbpx

Beli Dan Bayar Ansuran Rumah Guna Wang KWSP?

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 215Words
  • 592Views

Antara soalan yang selalu ditanya kepada saya ialah;

“Apakah pandangan En Afyan berhubung pengeluaran KWSP untuk membeli rumah?”.

Pandangan saya ini mungkin bertentangan arus daripada kebanyakan rakan-rakan dalam bidang kewangan dan hartanah.

Ini beberapa perkara untuk diambil perhatian sebelum gunakan wang KWSP untuk membeli rumah;

1. Sebaiknya rancang dari muda untuk kumpul duit bagi membeli rumah. Ada banyak lagi teknik lain membeli rumah tanpa usik wang KWSP.

2. Wang KWSP diwujudkan untuk membina dana persaraan. Jangan mudah-mudah “menggadaikan” masa depan persaraan anda.

3. Statistik KWSP menunjukkan, 60% pencarum KWSP menghabiskan wang KWSP dalam masa 3 tahun selepas bersara. Apa nak buat selepas itu? Jual rumah yang dibeli tadi? Terpaksa kerja balik? Duduk rumah orang-orang tua?

4. Mengikut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, wang KWSP adalah BUKAN harta sepencarian. Maka, apabila membeli rumah selepas berkahwin menggunakan wang KWSP, maka rumah tersebut akan menjadi harta sepencarian. Ia akan memberi implikasi dari sudut undang-undang keluarga Islam apabila berlaku penceraian, poligami atau kematian.

5. Beli rumah itu bagus. Dapat beli rumah tanpa usik wang persaraan adalah lebih bagus.

6. Nak beli rumah, mulakan dengan simpanan. Boleh mula dengan beli rumah kecil. Banyak kursus-kursus pelaburan hartanah yang boleh diikuti dan ada banyak lagi teknik dan strategi lain beli rumah tanpa menggunakan wang KWSP.

7. Jadikan pilihan membeli rumah menggunakan wang KWSP sebagai jalan akhir sekiranya semua teknik lain tak menjadi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan ini agak panjang dan saya perlu kongsikan untuk mengelak…