Tip RM | 9 Panduan Asas Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Pelaburan Unit Amanah

1. Sebelum melabur, mulakan dgn simpanan 10% gaji. Simpan ke Tabung Haji sebaiknya kerana ia boleh memberi pulangan lebih baik dari simpanan biasa.

 

2. Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Ia sebagai dana kecemasan utk masa hadapan.

 

3. Selepas cukup simpanan tersebut, baru boleh mulakan pelaburan menggunakan duit LEBIHAN simpanan. Jangan gunakan wang simpanan, guna wang lebihan simpanan.

 

4. Jangan buat “Dollar Cost Averaging” (DCA) secara membuta tuli. Buat secara bijak kerana selepas setahun dua melabur kita tahu harga paling tinggi dan harga paling rendah. Jadi selepas itu, memilihlah waktu kita membeli dana baru pada harga murah.

 

5. Guna wang dari Kumpulan Wang Simpanan Persaraan? Ia kaedah terakhir. Jika gunakan cara ini, gunakan juga tip-tip yg dikongsi di sini terutama jgn lakukan DCA secara membuat tuli. Tahukah anda, CEO Kumpulan Wang Simpanan Persaraan pernah membuat kenyataan bahawa hanya 20% sahaja pelabur yg mengeluarkan wang Dana Persaraan utk unit trust mendapat pulangan melebihi pulangan Dana Persaraan tersebut?,

 

6. Letakkan benchmark ASB 8% setahun sebagai ROI. Jika ROI dana kurang 8%, maka lakukan sesuatu – review dana dan switching.

 

7. Jangan Bergantung harap kepada ejen atau broker, mereka hanyalah fasilitator dlm pelaburan ini. Jika dapat ejen yg bagus, itu ialah bonus.

 

8. Sebenarnya, tanpa melalui ejen pun kita boleh membeli sendiri dana-dana pilihan kita dan dpt menjimatkan kos dan caj.

 

9. Semak prestasi dana-dana pelaburan unit amanah melalui laporan Lipper dan bukan semata-mata bergantung kpd ejen sebab ejen akan mempromosi dana syarikat mereka.

 

Nota: Kami boleh membantu anda utk melabur dalam Top 5 dana unit amanah di Malaysia, dari pelbagai syarikat unit amanah. Berminat, PM kami. Kami ada platform Single License Investment Platform Malaysia yg boleh akses ke 100 dana patuh syariah di Malaysia.

Nota 2: Pelaburan melalui Kumpulan Wang Simpanan Persaraan? Melalui platform Single License Investment, kami boleh tunjukkan 20% dana yg melebihi benchmark.

Nota 3: Past performance not indicate future result.

Berminat untuk melabur? Isi borang di bawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com