fbpx

Beli rumah ikut kemampuan diri, bukan gunakan hujah ‘bayangkan’

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 321Words
  • 319Views

Bayangkan gajah & b@8¡ boleh terbang….

Ada komen:

“Cuba bayangkan beli tahun ni harga rm300k tahun depan terpaksa jual. Agak2 huntung ke rugi? Bank juga yg huntung dr awal sampai akhir.”

Al-Jawab:

Jika guna hujah “bayangkan”, gajah pun boleh terbang.

Boleh je nak bayangkan buat untung.

Bayangkan beli rumah 300k, tahun depan naik harga RM600k

Bayangkan beli rumah 300k, dapat sewakan 3k sebulan.

Masalah yang banyak berlaku, masa beli tak fikir untung rugi. Tak baca betul2 LO.

Tapi lepas beberapa tahun beli baru fikir susah nak bayar. Kemudian tuduh menindas, membebankan.

Padahal yang menindas dan membebankan adalah diri sendiri.

—Tamat jawapan—

Inilah masalah orang kita. Belajar taknak. Duk cari salah bank. Duk kira untung orang lain.

Kalau boleh nak dapat free je…

Sebenarnya, bukan bukan harga yang mahal, tapi kau yang tak ada duit.

Saya ulang:Sebenarnya, bukan bukan harga yang mahal, tapi kau yang tak ada duit.

Kalau kita tahu tak ada duit, buat cara tak duit. Berbelanjalah ikut keperluan, bukan ikut kemahuan.

Nak beli rumah, mesti ada perancangan. Rumah adalah perkara paling mahal harganya yang kita beli sepanjang hayat. Jadi, perancangan kena rapi.

Mulakan dulu dengan tabiat menyimpan bersamaan dengan ansuran rumah. Jika nak beli rumah dengan ansuran 1K, belajar buat simpanan RM1K sebulan terlebih dahulu. Selepas setahun dua, kita dah ada simpanan untuk buat deposit 12k ke 24k.

Jangan mudah terpengaruh dengan iklan beli rumah tanpa deposit. Ia adalah jerat kewangan yang boleh membawa ke #nerakawang jika tak ada persediaan kewangan yang kukuh.

Selepas beli rumah, hanya teruskan disiplin menyimpan tadi kepada disiplin bayar ansuran rumah. Dalam masa sama bajet sewa rumah yang kita buat sebelum beli rumah, boleh allocate untuk simpanan.

Pening? Baca balik dengan perlahan-perlahan…

Harga rumah sebaiknya mestilah seiring dengan pendapatan. Sebaik-baik-baik-baik-baiknya adalah harga rumah bersamaan dengan 3 tahun gaji. Paling-paling-paling-paling mahal, sama dengan 5 tahun gaji.

Tak mampu sebab rumah mahal? Mahalkan terlebih dahulu gaji kita.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Berniaga mesti ada risiko. Tapi bank tak ada risiko. Haram!!!"…