fbpx

Beliau Membayar Yuran Yang Mahal Untuk Belajar Ilmu Hartanah.

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 240Words
  • 360Views

Beliau membayar yuran yang mahal untuk belajar ilmu hartanah.

Yurannya ialah rumah semi-D 2 tingkat.

Apa yang ditulis adalah benar.

Saya yakin semua orang akan ada pengalaman pahit dalam kewangan.

Saya juga tidak terkecuali.

Yang penting bagaimana kita hadapi dan move on.

Sebenarnya ada cara yang lebih murah dan mudah untuk belajar ilmu hartanah.

1. Follow FB sifu-sifu hartanah.

Kos: FREE. PERCUMA. GRATIS

Follow FB mereka dan klik see first. Setiap pagi, setiap hari boleh buka FB dan baca.

2. Baca buku-buku hartanah.

Kos: sekitar RM20 ke RM50 sebuah buku.

Jika sebulan sekali beli buku, kos hanyalah RM600 setahun.

Pastikan beli dan baca.

3. Hadiri program-program yang berkaitan hartanah.

Kos: Bergantung kepada jenis program.

Ada yang percuma. Ada yang hanya sekitar RM50 ke RM100++ untuk satu program.

Ada juga yang yang lebih beratus-ratus, dan ada juga yang harganya mencecah beribu-ribu RM.

Selalunya yang jadi mahal apabila ia melibatkan sesi yang lebih ekslusif.

Jika ia melibatkan kos yang lebih RM1,000, lakukan “due diligence” terlebih dahulu sebelum sertai. Buat kajian rapi sebelum laburkan nilai tersebut.

Jangan hanya bergantung kepada iklan dan testimoni oleh mereka. Tentunya mereka akan kongsikan success story sahaja. Usaha untuk cari pandangan kedua / second opinon.

Selepas buat 3 step di atas, barulah boleh ‘bakar duit” untuk beli rumah pertama.

Siapa sifu-sifu hartanah yang Tuan-Puan follow? Boleh kongsikan di ruang komen.

Saya sedang buat posting sifu-sifu hartanah yang wajib diikuti. Nanti saya kongsikan dari sudut pandangan saya pula.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mohon bantuan rakan-rakan. Blog saya Afyan (dot) com bermasalah. Setahun…