fbpx

Benarkah Matlamat Tabung Haji HANYA Untuk Simpanan Menunaikan Haji?

  • 3 years ago
  • 5Minutes
  • 809Words
  • 473Views

“Simpanan di Tabung Haji untuk tujuan pergi haji sahaja, bukan untuk buat keuntungan pun”

Benarkah matlamat Tabung Haji HANYA untuk simpanan menunaikan haji?

Bagi yang beranggapan begitu, suka saya kongsikan Visi & Misi institusi ini yang dipetik dari website rasmi Tabung Haji sendiri.

Daripada 7 item (1 Misi dan 6 Visi), hanya satu berkait langsung dengan ibadah haji, iaitu;

“Memudah Dan Menyempurnakan Urusan Jemaah Ke Arah Haji Mabrur”

Manakala 5 yang lain memang berkaitan langsung perihal modal dan keuntungan;

Lihat Visi utamanya;

“Tonggak Kejayaan Ekonomi Ummah; Pengurusan Haji Terbilang”

Diikuti misi-misi lain berkisar tentang;

  • Memperkasa ekonomi
  • Pelaburan
  • Mengembleng dan memperkaya modal

Dan yang akhir sekali

  • MEMBERI PULANGAN YANG KOMPETITIF

Majoriti daripada Visi dan Misi Tabung Haji adalah berkenaan menambah nilai keuntungan kewangan.

Hanya satu berkenaan ibadah haji dan satu lagi tentang perkhidmatan cemerlang.

Maka, tidaklah salah untuk para pendeposit meletakkan harapan untuk mendapatkan keuntungan melalui simpanan di Tabung Haji.

Ia memang dinyatakan dalam Visi dan Misi TH yang dipaparkan kepada pengguna di website mereka.

Jadi kalau ada yang kata TH hanya untuk simpanan haji, ia kurang tepat. Selalunya yang kata begitu sebab nak back-up tindakan kerajaan dan TH berikan hibah rendah.

Back-up biarlah dengan fakta. Alasan “TH HANYA utk simpanan haji”, tak berapa kemas hujah back-up tersebut.

——PASCA HIBAH 1.25%

Selepas pengumuman hibah TH siang tadi yang diumumkan rendah, tidak mustahil ramai pendeposit mula mengeluarkan wang mereka di Tabunh Haji.

Sebagaimana hak TH suntuk memberikan hibah kepada pendeposit, maka hak pendeposit juga untuk mengeluarkan wang mereka untuk dipindahkan ke tempat lain.

Memang dalam mana-mana situasi kewangan, ramai yang akan bertindak berdasarkan sentimen.

Lihat situasi ketika untung;

  • Ketika harga saham naik, ramai berpusu-pusu masuk pasaran saham.
  • Ketika harga hartanah naik, ramai yang menjadi pelabur-pelabur hartanah segera,
  • Ketika harga emas naik, ramai yang mencuba-cuba pelaburan emas.
  • Ketika pasaran unit trust naik, jualan unit trust pun turut naik

Begitu juga sebaliknya; 

  • Ketika pasaran saham jatuh, ramai tak berani masuk pasaran saham
  • Ketika harga emas mulai jatuh, ramai yang segera jual emas
  • Ketika harga hartanah muram, ramai tak berani mencuba pelaburan hartanah
  • Ketika pasaran unit trust merosot, jualan unit trust turut merosot

Perkara yang sama tak mustahil berlaku di Tabung Haji. Berdasarkan status-status FB berkaitan TH dan komen-komen mereka, ramai yang hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji dan akan mengambil tindakan untuk mengeluarkan wang mereka di Tabung Haji.

APA NAK BUAT SEKARANG?

Ramai yang bertanya pandangan saya tentang tindakan yang perlu dibuat apabila TH berikan hibah yang rendah?

“Afyan, apa nak buat sekarang? TH bagi hibah 1.25% sahaja ni?”

Dalam kewangan, sesuatu tindakan perlu diambil berdasarkan rasional bukan emosional.

Sentimen adalah emosional. Memang TH ada nilai sentimental yang tinggi bagi umat Islam di Malaysia.

Saya pernah tulis dulu, bukan “lokasi” duit yang perlu kita ubah tapi diri kita. Mindset kita.

Saya pernah kongsikan di sini

“Afyan, tulis panjang-panjang ni, aku nak tanya satu soalan sahaja. Perlukah kita keluarkan wang dari Tabung Haji? Selaku perunding kewangan apa nasihat kau?”

Rileks Bro..

Gunakan rasional, bukan semata-mata emosional.

Apapun dalam tindakan kita terhadap wang kita di TH, perlu didasari rasional dan fundamental kewangan.

Lagi pula yang hibah 1.25% itu ialah tahun 2018. Jika keluarkan sekarang pun tidak mengubah apa-apa yang sudah berlalu.

Tahun 2018 memang tahun yang mencabar. Saham-saham ekuiti Malaysia, hampir semua merah. Dana-dana unit trust, pun majoriti jatuh. Ramai pelabur yang marah-marah.

Ia banyak bersangkut paut Pilihanraya Umum tahun lepas dan kerajaan baru. Pelabur luar dan dalam kurang berkeyakinan. Sentimen juga tu.

Maknanya, kalau tak letak duit di TH pada tahun 2018 dan letak di instrumen pelaburan lain, kebarangkalian lebih rendah itu ada.

Hibah tahun 2019? Wallahualam. Tak siapa yang tahu. Kecuali kalau saya ada mesin masa, malangnya tiada.

Secara rasional, kita melihat usaha pemulihan TH yang dilakukan oleh kerajaan dengan melantik tenaga pakar yang berkaliber sebagai kumpulan pengurusan strategik Tabung Haji.

TH kini diketuai oleh pasukan kerja yang kompeten. Jadi, besarkan harapan umat Islam agar TH yang ada hari ini dan akan datang dapat berikan keuntungan yang lebih baik seiring Visi dan Misi Tabung Haji itu sendiri.

Dato’ Sri Zukri Samat yang Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji sekarang mempunyai track record yang baik dalam membangunkan perbankan Islam terutama Bank Islam.

Kepakaran dan pengalaman beliau bakal dicurahkan untuk membangunkan TH seiring dengan matlamat asal Tabung Haji bagi mencapai visi TH iaitu;

“Tonggak Kejayaan Ekonomi Ummah; Pengurusan Haji Terbilang”

Bukan calang-calang Visi Tabung Haji ini.

Ayuh sama-sama kita doakan agar Allah selamatkan Tabung Haji.

Sebarang kemugkinan mungkin terjadi.

“Past performance does not indicate future results”

Prestasi hibah TH yang lemah tahun lepas tidak menandakan ia akan terus lemah untuk tahun ini dan akan datang.

Dan, prestasi dan “track record” lampau pasukan top management TH sekarang yg diketuai oleh Dato’ Zukri juga tidak menjamin hibah akan datang lebih baik dari sekarang.

Afyan Mat Rawi

Jemput follow dan klik see first FB Afyan Mat Rawi dan sertai Channel Telegram t.me/AfyanIFP utk lagi info berkaitan kewangan dan kehidupan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa pernah dengar penyakit ini? "Central sleep apnea" Seorang rakan…