fbpx

Berapa pendapatan anda?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 255Words
  • 481Views

Dipetik dari FB INFAQ Consultancy

BERAPA PENDAPATAN ANDA?

Jangan segan2 untuk berkongsi jumlah pendapatan bulanan/tahunan anda dengan perunding takaful anda. Kami bukan elheshdiyen. 😂

Sebagai perunding Takaful, ini antara soalan dan maklumat yang saya perlukan. Bukan untuk ‘busybody’ hal pendapatan anda tetapi untuk mengenal pasti KEUPAYAAN BOLEH SUMBANG terhadap sijil takaful yang bakal dicarum.

Melalui maklumat ini, saya dapat membuat pengiraan yang sesuai dan jelas untuk komitmen sumbangan takaful anda.

Sekiranya anda tidak keberatan, nilai komitmen hutang bulanan juga sebaiknya dikongsi untuk saya mengenal pasti KEPERLUAN BOLEH LINDUNG pendapatan & aset anda melalui nilai pampasan Takaful.

Melalui maklumat ini juga, saya dapat mengenal pasti pelan yang sesuai untuk memastikan setiap komitmen bulanan dapat diganti dengan pampasan takaful sekurang-kurangnya 5 tahun ke hadapan melalui nilai pampasan yang sesuai.

Jangan risau, semuanya antara anda dan saya. Amanah daripada anda, tanggungjawab saya.

guru saya berpesan bila masuk bidang ini, kita kena ada 3 ‘nak’ yang perlu dibawa bersama semasa membuat presentation terhadap klien iaitu :

  • 1. Nak berkongsi ilmu
  • 2. Nak bantu dia & keluarganya
  • 3. Nak pendapatan yang berkat

Cukup pegang 3 ‘nak’ ni, bila capai ‘nak’ yang pertama sahaja pun kita dah gembira. Lagi bertambah-tambah gembira bila dpt capai ‘nak’ yang ketiga… kerana saya juga pencari rezeki untuk diri dan keluarga. Jadi, saya nak yang terbaik dan berkat. 😊

Baiklah, saya nak gerak dah. Lauk dah siap tapau. Apa-apa roger.

Roger siapa?

Roger 👇

Kredit: Yunus Soleh Takaful – Ikhlas Untukmu

INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hukum menyertai korban di luar negara, oleh Dr Zaharuddin Abdul…