fbpx

Berdialog Dengan Geng Ketum

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 693Words
  • 733Views

“Hukum tanam pokok ketum dan minum air ketum adalah harus!” kata geng ketum.

Para alim ulama dah bincangkan perkara ini. Hukum asalnya sama macam pokok-pokok lain. Tapi apabila dikaji, ia membawa kepada aktiviti mafsadah. Jadi, hukum taman pokok ketum dan minum air ketum sama seperti hukum hakam berkaitan dadah dan arak. Semua mempunyai illah yang sama iaitu memabukkan.

“Buktikan hukum tanam pokok ketum adalah haram?”

Secara asalnya, aktiviti menanam pokok ketum adalah harus macam tanam pokok-pokok lain. Walaupun harus pada asalnya, ia menjadi haram apabila terdapat faktor-faktor lain yang membawa kepada kemudaratan kepada kewarasan akal, walaupun tak dinafikan ia ada kebaikan untuk menyembuhkan penyakit.

Tapi dalam banyak keadaan, minum air ketum lebih banyak membawa kepada keburukan berbanding kebaikan. Ia mirip kepada sifat arak, yang mempunyai kebaikan tapi lebih banyak keburukan maka Allah haramkan. Ia sama seperti pengharaman dadah.

“Tunjukkan saya dalil dalam Quran dan Hadith yang mengatakan haram minum air ketum”

Memang la tak ada ayat Quran dan Hadith sebut spesifik “air ketum”. Dadah pun tak ada sebut dalam Quran dan Hadith. Carslberg, Hainiken, Tiger pun tak ada perkataan tu dalam Quran dan Hadith.

“Tapi kenapa di hospital dan farmaseutikal dibenarkan pula?”

Ia berbeza kerana di hospital dan farmaseutikal ia dikawal selia oleh doktor-doktor yang bertauliah. Dan ia digunakan secara terkawal dan bukan untuk tujuan komersial”
“Kami pun ada doktor yang mengatakan tak ada masalah pun nak minum air ketum ni”
Kalau setakat seorang dua doktor, ia bukan sumber hukum. Sumber hukum adalah daripada alim ulama, bukan daripada doktor. Kalau betul nak tanam dan minum juga, buat secara proper sebagaimana hospital dan farmaseutikal buat. Lantik doktor-doktor bertauliah untuk pantau setiap aktiviti dari A to Z. Kemduian semua aktiviti itu perlu dilaporkan pula kepada audit kesihatan dan Kementerian Kesihatan.

“Alim ulama ni semua tak faham pasal ketum. Tak pernah tanam ketum. Tak pernah minum air ketum”

Memanglah para alim ulama ni tak perlu nak tanam ketum dan minum air ketum untuk keluarkan hukum. Sama macam dadah, takkan nak jadi penagih dadah dan pengedar dadah dulu baru boleh keluarkan hukum.

“Kalau begitu lantiklah kami dari kalangan pemborong ketum ini sebagai ahli muzakarah, barulah adil”

Kalau muzakarah alim ulama yang bincang hukum terima permintaan tersebut, nanti permintaan yang sama dilakukan oleh kumpulan pengedar dadah. Lagi hari kalau nanti tauke-tauke casino, tauke kilang Carlsberg, tauke rumah urut nak jadi ahli muzakarah sekali. Alasan mereka ahli muzakarah tak faham bisnes mereka. Mereka pun akan guna alasan tak ada perkataan casino, Carlsberg dan rumah urut dalam Quran dan Hadith. Tak ke haru kalau macam tu?

“Habis tu dekat negara lain boleh je tanam pokok ketum”

Negara mana? Wakanda? Pindah sana la nak tanam sangat pokok ketum.

“Jangan diskriminasikan kami. Kenapa orang lain boleh tanam Durian Musang King, Durian IOI, Durian Balck Thorn. Yang tu lagi teruk mereka jual, mahal dan cekik darah”
Bukan masalah durian ka, epal ka, manggis ka. Tapi masalahnya adalah dekat ketum. Ketum ini bukan macam durian yang dalam kategori buah-buahan. Ketum ini sudah dalam kategori dadah berbahaya.

“Arghhh… Korang semua mana faham tentang ketum”

Memang la para alim ulama ini bukan pakar ketum-mengetum tapi mereka ini pakar dalam mengeluarkan hukum. Korang yang pakar ketum ni, pakar hukum juga ke?
“Ini semua agenda Yahudi / Zionis / Rostchild . Kementerian Kesihatan dah dikawal oleh WHO di bawah Alluminium!”

Krik, krik…..

“Kami tetap nak tanam ketum”

Saya sudah jalankan dakwah saya dalam memberi peringatan tentang bahaya ketum. Jika kalian nak teruskan, saya tidak mampu nak halang. Jika yakin dengan hujah-hujah di atas, nanti kalian boleh gunaan skema jawapan itu apabila ditanya oleh Malaikat Munkar Nakir di alam kubur nanti. Jangan pula nanti kata “Malaikat Munar Nakir tak faham ketum”

“Woi, apa ni? Main-mainkan Munkar Nakir pula!”

Rilek aaaa. Jangan cepat sentap. Dah koyak kenapa?

“Tak guna berdialog dengan si Afyan ni!”

Lho… Bukan aku yang ajak. Bukan ke korang yang ajak? Aku hari tu offer untuk berdialog dengan pakar hukum, korang yang cabar aku? Lepas aku terima, korang kata tak guna berdialog dengan aku. Kalau aku tolak, korang kata aku penakut.

(Dialog di atas berlaku di universe lain, bukan di bumi. Harap mak long)
http://bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Dr Hj…