fbpx

Berhati-hati Apabila Ingin Membatalkan Medical Sedia Ada Untuk Bertukar Yang Lebih Murah

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 351Words
  • 1456Views

Berhati-hati kalau nak batalkan medical card sedia ada disebabkan harga naik dan nak pilih medical card lebih murah.

Ini mesej yg saya terima daripada seorang rakan dan pelanggan lama:

Salam Tuan…mahu minta pandangan..

Skrg saya dah mencarum takaful ikhlas dan great eastern utk Life Takaful.

Utk medical card ada syarikat punya tp cover sikit je 45k dan sy mmg dah lama ambil yg 1 family dgn AIA..

AiA ni sbb medical card mmg sy sedar disebabkan inflasi dlm perubatan jadi selalu naik harga..dah 2x..bulan ni naik lagi 30%..saya hajat nak bertukar ke gather care..apa pandangan Tuan Afyan?sbb kalau dah takaful sahaja bayaran 1k lebih sudah..terasa juga tu….ada juga tanya family medical card lain mcm fwd(cover hanya 200k/annum) dan hong leong(cover 1.12j/annum) takaful..hong leong lg murah lg berbanding AIA(cover 100k/annum) dan FWD setakat ni..mahu tanya great eastern pula..tp seperti sedia maklum..lepas ni naik lg kalau polisi medical card ni..

Ini respon saya:

Waalaikumsalam

Itulah hakikat medical card. Memang akan naik harga. Medical card baru yg murah skrg pun akan dtg akan naik harga juga. Tunggu masa sahaja.

Saya boleh je rekomen medical card yg lebih murah sekarang, tapi ia hanya menguntungkan saya dan merisikokan Tuan sbg klien.

Secara personal, saya memang tak galakkan utk batal medical card.

Bayangkan situasi begini, Tuan batalkan medical card yg dah lama hanya semata utk sign up baru yg lebih murah – tiba2 kena musibah dan tak cover sebab polisi masih baru.

Walaupun ada medical card boleh buat take over tapi ia tetap consider sebagai medical card baru. Ada contestable period yg perlu dipatuhi.

Memang dah ada pun kes sebegini terjadi kpd klien saya apabila bertukar drp ABCD ke XYZ.

Utk Gather Care boleh tambah tanpa menjejaskan polisi sedia ada.

Sebenarnya, drp fokus utk kurangkan expenses, lebih baik fokus utk tambah income

Ia lagi bagus utk jangka masa panjang sebab expenses lain pun makin lama makin meningkat.

Takkan selamanya kita nak kena cut cost. Ia boleh utk jangka masa pendek, tapi tidak utk jangka masa panjang

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Tuan Zariff Zahari https://www.facebook.com/zariffzahari/posts/6876041285741072 Alhamdulillah. Terima Kasih…