fbpx

Berhati-hati Dengan Pelaburan Yang Menawarkan 3 Ciri Ini

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 352Words
  • 378Views

Ketika pelaburan hartanah sedang meriah, muncul scammer hartanah tawarkan rumah dengan selamat harga tak masuk akal, bayar sekarang 3 tahun baru dapat rumah. Tapi sampai sekarang masih tak dapat-dapat.

Ketika pelaburan emas sedang popular, muncul scammer emas tawarkan program ETA dapat duit bulan-bulan.

Kini ketika pelaburan Kripto sedang popular, perkara sama berlaku.

Kalau rakan-rakan jumpa mana-mana skim pelaburan yang tawarkan pulangan dengan ciri-ciri berikut:

1. Memberi jaminan pulangan bulan-bulan
2. Pulangan yang dijanjikan dengan keuntungan melebihi 10% setahun.
3. Tiada risiko rugi

Jika ada mana-mana skim pelaburan yang mempunyai salah satu atau semua ciri di atas, percayalah bahawasanya 99.99999999% adalah scam / sontot / skim cepat kaya.

Skim-skim sebegini akan datang dengan pelbagai bentuk dan wajah. Kadang-kadang dalam bentuk pelaburan emas, pelaburan saham, pelaburan kripto, perniagaan francais, perniagaan MLM, pelaburan Private Mandate, pelaburan unit trust, pelaburan takaful dan sebagainya

Mereka tidak datang dengan muka gangster, parut di pipi, wajah garang atau bau yang busuk. Tapi mereka datang dengan wajah yang manis, pidato yang petah, muka yang hensem / jelita, bau yang wangi, pakai blazer malah mungkin juga dengan jubah / serban! purdah yang disulami ayat Quran dan Hadith.

Modus operandi dari dulu sampai sekarang, sama je.

Masa saya aktif lawan scammer dulu-dulu, modus operandi mereka sama sahaja macam sekarang. Yang berbeza cuma nama / produk / komoditi. MAsa emas popular, mereka gunakan emas. Masa saham popular, mereka gunakan saham. Masa private mandate popular, mereka gunakan private mandate.

Sekarang masa kripto sedang trending, maka mereka gunakan nama kripto. Kisah-kisah ini saya semadikan dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga beberapa tahun lepas, sebelum saya ambil keputusan untuk berehat.

Cukuplah kitab “Tersontot Di Pintu Shorga” ini saya tinggalkan sebagai panduan kepada generasi-generasi akan datang supaya tidak tersontot.

Sekali anda baca buku ini, anda akan dapat kenal pasti seribu satu macam skim sontot yang bakal muncul dengan apa sahaja nama yang mungkin anda tidak pernah dengar hari ini.

Buku ini boleh dedapati di sini

Mereka dah lama rancang, kita je yang lalai.

Afyan Mat Rawi, IFP
Penulis buku Tersontot Di Pintu Shorga yang mengandungi kisah-kisah melawan scammer.

Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Keputusan forex diputuskan selepas kajain mendalam malah pengkaji sudah pun…