August 21, 2020
Berkenaan Medical Card
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad
SITUASI 1
Jika pemilik ‘medical card’ disahkan oleh doktor yang dia menghidap penyakit kritikal, maka dia layak membuat tuntutan kepada syarikat pengendali takaful.
Kalau nilai ‘coverage’ RM 1 juta, maka dia layak mendapat bayaran RM 1 juta. Yang dimaksudkan dengan bayaran ialah syarikat takaful beri kepada hospital untuk tampung kos rawatan.
Orang yang diberi ujian tadi, ada kemungkinan diberhentikan kerja atas alasan tidak mampu bekerja lagi. Dia terpaksa menggunakan duit simpanan atau apa sahaja sumber untuk meneruskan kelangsungan hidup. Moga Allah beri rahmat dan kesihatan pada kita.
SITUASI 2
Orang ini tidak melanggan ‘medical card’ tapi dia ambil takaful penyakit kritikal. Jika dia disahkan oleh doktor menghidap penyakit kritikal, maka dia tidak layak buat tuntutan kos rawatan di hospital. pulak dah!
Untuk meneruskan rawatan dia terpaksa keluarkan belanja sendiri atau dapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Walaupun begitu, berdasarkan laporan doktor, dia boleh buat tuntutan dengan syarikat takaful dan dapatkan ‘coverage’ berdasarkan polisi yang diambil. Boleh gunakan duit itu untuk tampung kos rawatan dan kelangsungan hidup.
SITUASI 3
Orang ini ada kedua-dua pelan. Medical card ada, takaful penyakit kritikal pun dia langgan. Jadi, dia boleh gunakan medical card untuk tampung kos rawatan. Manakala takaful penyakit kritikal pula untuk gantian pendapatan akibat diberhentikan kerja kerana penyakit kritikal tadi.
Saya : Jadi nak kena langgan kedua-dua pelan ke?
Kalau ada bajet sila lah. Kalau tak ada bajet kita susun elok-elok kewangan kita.
Atau sekurang-kurangnya langgan mana-mana takaful yang manafaatnya fokus kepada kematian dan hilang upaya kekal supaya ada juga perlindungan.
Tak ada bajet juga, usaha langgan takaful kenderaan yang ada coverage kematian. Sekurang-kurangnya ada perlindungan untuk ditinggalkan kepada keluarga.
Bantu saya sebarkan info takaful ini supaya kita mendapat manafaat atas tersebarnya ilmu tersebut.
Ahmad Mustapha Ahmad
INFAQ Consultancy
Pulau Pinang
Dari semuber FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran