fbpx

Kisah inspirasi: Pengalaman menyentuh hati mengenai pentingnya melanggan polisi takaful

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 414Words
  • 135Views

Ini adalah screenshot mesej yang dikongsi oleh salah seorang rakan bisnes saya di INFAQ Consultancy, Puan Wanie Liman. Boleh rujuk FB beliau untuk membaca tulisan penuh.

pentingnya ambil takaful

Beliau pernah kongsikan perkara ini sejak tahun lepas lagi. Kalau tengok tarikh screenshot ini ialah pada 8 Disember yakni 8 Disember 2020.

Beliau kongsikan cerita ini dalam sesi Dhuha Energy Meeting kami yang diadakan setiap pagi, dan ketika beliau kongsikan berderau darah saya dan naik bulu roma.

Kisahnya, Puan Wani menerima mesej ini daripada isteri seorang prospek takaful beliau yang bertanyakan adakah suaminya sempat melanggan polisi takaful.

Difahamkan, prospek tersebut baru sahaja berjumpa beliau beberapa hari sebelum menerima mesej ini. Lama beliau mengambil masa untuk berkongsi kisah ini di publik, walaupun sudah lama saya cadangkan beliau untuk berkongsi sebagai pengajaran bersama.

Saya memahami perasaan tersebut. Saya pun pernah mengalami kisah seumpama ini tapi jalan cerita sedikit berbeza.

Kisah itu menjadi titik mula saya bersungguh-sungguh berkongsi kepentingan dan manfaat takaful supaya lebih ramai sedar.

Pada tahun-tahun pertama sebagai ejen takaful sekitar 2003/2004, dalam sebuah program reunion, saya approach seorang senior yang sama-sama belajar di UIA untuk menyertai plan takaful. Namun, sebagaimana majoriti prospek, biasa akan kena reject. Memang itu fitrah seorang ejen takaful.

Selang beberapa tahun kami terputus hubungan apabila beliau dipindahkan untuk bertugas mengajar di Borneo. Beliau seorang guru kerajaan, dipindahkan ke Borneo beberapa tahun sebelum kembali ke Semenanjung.

Sehinggalah saya menerima perkhabaran beliau ditimpa penyakit kanser. Dalam satu sesi ziarah, kelihatan beliau sangat uzur apabila sistem imun tubuh beliau sudah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana sel-sel kanser sudah merebak ke seluruh badan.

Beliau yang masih muda, terpaksa berhenti kerja kerana tidak mampu lagi berkhidmat. Tidak lama selepas itu, isterinya yang juga seorang guru terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suaminya yang sakit. Dipendekkan cerita, beliau meninggal dunia.

Ketika saya menulis ini, masih terbayang pada majlis pengebumian tersebut, tangisan anak-anaknya yang masih kecil dan sehingga kini penyesalan kerana gagal mengajak arwah menyertai pan takaful, masih menebal 😔

Itulah titik mula saya bersungguh-sungguh dalam berkongsi manfaat takaful. Sejak itu juga saya banyak menulis di blog sebelum adanya Facebook. Saya rasa sangat bersalah jika ada prospek yang enggan menyertai takaful disebabkan mereka tidak faham fungsi sebenar takaful.

Apabila prospek reject, itu adalah kegagalan saya sebagai perunding takaful yang belum cukup ilmu untuk mengajak orang lain bersama takaful.

Semoga ada manfaat daripada posting dan dan sudikan berkongsi.

Berminat untuk tahu mengenai manfaat takaful, Tuan/Puan boleh isi borang di bawah

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended