fbpx

Takrif Keilatan Kekal dan Menyeluruh Dalam Takaful

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 191Words
  • 2573Views

Tulisan di bawah diambil dari FB Tuan Zariff Zahari berkenaan 3 takrif keilatan kekal dan menyeluruh dalam takaful

“Yang dimaksudkan dengan lumpuh tu macammana? Apa syaratnya? Hilang mana-mana anggota badan ke? ” 
– Soalan dari sahabat

Ini jarang peserta ambil tahu, selain manfaat kematiaan, manfaat lumpuh & cacat kekal (TPD) perlu diambil kira dalam mencarum pelan takaful, terutama skali untuk pelan perlindungan pendapatan.

Secara ringkasnya 3 takrif keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) : 
> Definisi:

1. Tidak berkeupayaan penuh atau lumpuh, berkekalan, sehingga tidak mampu melakukan pekerjaannya dan pekerjaan lain (pengalaman, latihan & pengalaman), sekurang-kurangnya 6 bulan berturut- turut.

atau ;

2. Kehilangan menyeluruh dan tiada harapan untuk sembuh :
– kedua-dua belah mata, atau
– Dua anggota badan tangan atau kaki, atau
– Mata dan tangan atau kaki
* rujuk gambar

atau ;

3. Tidak berkeupayaan melaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti kehidupan harian dibawah selama 6 bulan : 
– Berpindah
– Bergerak
– Pengawalan perkumuhan
– Berpakaian
– Membersihkan diri
– Makan

> Ketiga-tiga (3) ini terjadi disebabkan oleh penyakit atau kemalangan atau menjadi mangsa salah laku jenayah. 
> Untuk lebih jelas, perlu rujuk keterangan helaian produk (PDS), setiap syarikat berbeza-beza takrifan. 
> Tempoh perlindungan juga berbeza-beza setiap produk.

Zariff Zahari
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa dah pernah gunakan RFID Tag? Memang sangat mudah berbanding…