Bersyukurlah jika tidak pernah claim dalam takaful
Membaca komen ini lalu melihat gambar anak-anak yang masih kecil pada profil FB nya, menjadikan saya sebak seketika. Membayangkan sekiranya ia berlaku kepada diri sendiri atau orang-orang yang saya sayangi.
Ketika ada orang menyesal yang langgan takaful 12 tahun tapi tak pernah claim, dalam masa sama ada balu yang kehilangan suami berasa ralat kerana arwah suami tidak melanggan takaful ketika masih hidup.
Jika kita melanggan takaful dan tidak pernah claim, sepatutnya kita patut bersyukur sebab itu bermakna Allah berikan kesihatan dan kenikmatan hidup selama kita melanggan takaful.
Saya teringat kata-kata seorang otai dalam industri ini berkenaan claim. Katanya, orang-orang yang melanggan takaful jarang ditimpa musibah, kerana mereka didoakan oleh seluruh warga kerja syarikat termasuk CEO, pegawai, staf dan ejen-ejen. Kita semua sentiasa berdoa agar semua pelanggan sihat sejahtera, hidup lama dan tidak ditimpa musibah, bagi mengurangkan jumlah claim dibuat.
Jadi, jika saudara mahu ramai orang yang mendoakan saudara, maka sertailah plan takaful.
Nampak macam jenaka, tapi ada benarnya juga.
Jik nak tahu betapa pentingnya takaful, tanyalah kepada balu yang baru kehilangan suami atau anak-anak yatim yang baru kehilangan ayah.
Ya, takaful tidak dapat menggantikan seorang suami atau seorang ayah yang telah pergi. Tapi sekurang-kurangnya dapat meringankan balu dan anak-anak yatim yang ditinggalkan di dunia.
Persediaan mati ada 2T.
- 1. Bekalan TAQWA untuk kita bawa ke akhirat.
- 2. Bekalan TAKAFUL untuk kita tinggalkan du dunia.
Pastikan kedua-dua bekalan itu kita kumpul di dunia yang sementara, yang menjadi jambatan menuju ke negeri akhirat.
Semoga Allah permudahkan urusan ibu tinggal dan anak-anaknya ini.
Done tazkirah Jumaat
Tuan Garu Haji Afyan Mat Rawi
Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai caruman takaful? Sila isi borang di bawah.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran