fbpx

Bezakan Simpanan dan Pelaburan

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 575Words
  • 657Views
Ja4 Saving, Investing, Risk Management - Lessons - Tes Teach

Di kala begini, kita dapat bezakan secara praktikal antara SIMPANAN dan PELABURAN.

Dalam modul kewangan INFAQ, ciri simpanan ada 3:

1. Tiada caj
2. Tiada risiko
3. Mudah dicairkan

Fungsi utama SIMPANAN ialah untuk kecemasan, yang memerlukan tunai segera.

Contoh: Kereta rosak, paip bocor, dompet hilang, demam – perkara-perkara yang luar jangka dan kita perlu gunakan wang simpanan tersebut sekadarnya.

Berapa banyak kita perlu simpan? At least, bersamaan dengan 3 bulan gaji. Jika dapat bersamaan 6 bulan gaji lagi bagus. Terutama yang bekerja sendiri.

Ia mesti disimpan dalam instrumen yang mempunyai 3 ciri di atas. Contohnya akaun simpanan bank, ASB atau Tabung Haji.

Kenapa 3 bulan gaji? Sebab, worst case scenario, kita hilang pendapatan – disebabkan dibuang kerja, syarikat tutup dan sebagainya – kita ada dana untuk tampung kehidupan selama tempoh 3 bulan untuk survive tanpa sumber pendapatan yang asal.

Dalam tempoh tersebut, kita boleh usahakan untuk dapatkan sumber pendapatan baru sama ada pekerjaan lain atau berniaga secara sambilan.

Bagaimana dengan simpanan emas, unit TRUST, ASBF, saham, hartanah dan sebagainya?

Itu bukan simpanan. Itu adalah PELABURAN.

Pelaburan tidak akan ada 3 ciri tadi. Mana-mana pelaburan akan ada

1. Kos
2. Risiko

Jadi, ia tidak sesuai untuk dijadikan dana kecemasan. Malah sesetengah pelaburan tidak mudah untuk dicairkan dalam tempoh yang singkat.
Sebab, apabila berlaku kecemasan, kita perlukan wang tunai segera.

Jadi, apabila instrumen tersebut dalam bentuk pelaburan dan nilainya sedang rendah, ia adalah satu kerugian.

Sebagai contoh begini;
Kita ada emas / unit trust / saham yang mempunyai nilai asal RM10,000 yang kita anggap sebagai simpanan.

Ketika kecemasan, hendak dijadikan cerita, RM10,000 tadi sudah menyusut kepada RM7,500. Jadi sekiranya ia ditukar kepada tunai, kita sudah kehilangan 25% berbanding dengan nilai asal.

Contohnya dalam situasi krisis Covid-19 sekarang. Bisnes tak berjalan, majoriti pelaburan sedang rugi di atas kertas.

Begitu juga sekiranya yang kita anggap sebagai kecemasan itu dalam bentuk hartanah. Ia memakan masa yang panjang untuk dijual dan ditukar kepada tunai. Dalam masa sama, sudah tentunya kita terpaksa jual di bawah harga pasaran untuk mendapat tunai segera.

Jika hendak gunakan instrumen pelaburan sebagai dana kecemasan, pastikan cukupkan dulu 3 bulan simpanan atau lebih di dalam bank atau TH atau ASB.

Jika ada lebihan, wujudkan dana kecemasan itu dalam pelaburan yang mudah tunai seperti unit trust, emas, ASBF atau saham.

Akhir sekali barulah dalam pelaburan hartanah.

Jangan sekali-kali melabur guna wang simpanan kecemasan tadi. Nanti akan merana diri.

Sebab, apabila melabur dengan duit simpanan, ia akan memberi kesan emosi yang tinggi kerana ia sahaja dana yang kita ada.

Berbanding kita ada simpanan kecemasan yang mencukupi, kemudian dengan duit lebihan barulah kita melabur – kita tidak membawa emosi ke dalam pelaburan tersebut.

Justeru, bezakan antara SIMPANAN dengan PELABURAN.

Selain SIMPANAN dan PELABURAN, kita perlu ada satu lagi instrumen kewangan yang tidak mampu digantikan dengan yang lain iaitu PERLINDUNGAN. Ia tak lain tak bukan ialah TAKAFUL.

Fungsi takaful sebagai PERLINDUNGAN, tidak mampu diganti oleh SIMPANAN atau PELABURAN.

PERLINDUNGAN TAKAFUL utk menghadapi situasi sukar yang disebut sebagai MALAPETAKA KEWANGAN iaitu MATI, LUMPUH dan SAKIT KRITIKAL.

Jangan pula nanti ada yang menyimpan dan melabur guna produk takaful. Itu dah menyimpang jauuuuuuuh. Kalau ada, ia sekadar bonus, tapi bukan fungsi utama.

Kesimpulan:
1. Wujudkan dana kecemasan dalam bentuk simpanan bersamaan 3 ke 6 bulan gaji.
2. Jika ada lebih, boleh cukupkan lagi 3 ke 6 bulan gaji dalam instrumen pelaburan mudah cair seperti unit trust, emas, ASBF, saham.
3. Jika ada lebihan lagi, barulah melabur ke dalam pelaburan hartanah.
4. Jangan melabur guna duit simpanan kecemasan.
5. Lengkapkan SIMPANAN dan PELABURAN, dengan TAKAFUL.
6. TAKAFUL untuk perlindungan kewangan, bukan untuk simpanan atau pelaburan.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
v Menarik cerita yang saya perolehi daripada Twitter @aidi_ezzhar ini.…