Biar Susah Apply Dari Susah Claim

Dipetik dari FB Syafiq Ashraff Malik

Alhamdulillah, selesai urusan di sini..

Tahun ni, kali ketiga saya kesini untuk dapatkan laporan perubatan untuk klien yang berbeza.

Untuk kes kali ni, klien pernah warded tahun lepas atas sebab jangkitan kuman. Pihak underwriter takaful memerlukan laporan perubatan untuk mereka teliti dan memberikan keputusan sama ada meluluskan permohonan takaful atau tidak.

Mengikut pengalaman saya, untuk kes-kes yang ringan sebegini akan lulus dan cover sepenuhnya. Melainkan ada kebarangkalian untuk penyakit tersebut merebak menjadi lebih kritikal.

Jadi, mana yang pernah warded dan ada penyakit, jangan takut atau segan untuk membuat permohonan takaful. Declare lah sejarah penyakit anda (jika ada). Memang agak leceh untuk sediakan laporan perubatan dalam mendapatkan kelulusan, tapi harus diingat pesan guru saya

‘Biar susah apply untuk lulus dari susah claim’

Tujuan utama untuk takaful adalah untuk claim kan? Jadi apa guna kalau ada takaful tapi tak boleh claim?? 😁

Syafiq Ashraff Malik
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com