Penyakit Kritikal : Ambil Tahu 6 Perkara Ini

Dipetik dari FB Akif Radzi

PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL : AMBIL TAHU 6 PERKARA INI

1 daripada 4 penduduk berisiko menghidap kanser pada usia 75 tahun merujuk kepada statistik Kementerian Kesihatan (KKM) yang telah dikeluarkan, sekali gus menjadikan kanser punca kedua tertinggi kematian negara ini.

Sumber yang lain pula menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, perangkaan punca kematian rakyat Malaysia pada 2019 adalah seperti berikut:

1. Ischaemic heart diseases kekal sebagai sebab kematian utama (15.6%)
2. Pneumonia (11.8%)
3. Cerebrovascular diseases (7.8%)
4. Transport accidents (3.7%)
5. Chronic lower respiratory diseases (2.6%).

Ischaemic heart diseases adalah merupakan salah satu daripada penyakit kritikal.

Merujuk kepada pampasan penyakit kritikal, 6 perkara penting yang kita perlu tahu!

#1Accelerated (Mengurangkan)

Pampasan Penyakit Kritikal akan mengurangkan Pampasan Asas(Kematian)

Contoh #1 :
Pampasan Kematian RM300,000
Pampasan Penyakit Kritikal RM300,000

Apabila berlaku penyakit kritikal. Pampasan boleh dituntut dan mengurangkan pampasan kematian menjadi tiada. Polisi mungkin akan tutup bila tiada perlindungan yang lain.

Contoh #2 :
Pampasan Kematian = RM300,000
Pampasan Penyakit Kritikal = RM100,000

Apabila berlaku penyakit kritikal.
Pampasan boleh dituntut sebanyak RM100,000 dan mengurangkan pampasan kematian menjadi RM200,000 = (RM300,000 – RM100,000).

Sekiranya berlaku kematian, RM200,000 akan menjadi milik waris.
Jelaskan?

#2Additional (Tambahan)

Pampasan Penyakit Kritikal adalah nilai yang berasingan dengan Pampasan Kematian.

Mudahnya, Pampasan Penyakit Kritikal tidak akan mengurangkan Pampasan Kematian.

Contoh :
Pampasan Kematian : RM300,000
Pampasan Penyakit Kritikal : RM300,000

Apabila berlaku penyakit kritikal. Pampasan boleh dituntut sebanyak RM300,000.

Ianya tidak mengurangkan pampasan kematian.
Sekiranya berlaku kematian, lagi RM300,000 akan dapat kepada waris.

#3PeringkatPenyakitKritikal

Penyakit Kritikal tidaklah semudah yang kita faham, contohnya, tiba-tiba sakit di bahagian dada dan Doktor kata ada isu di bahagian jantung, lalu kita pun terus nak claim. Huh! Ianya tidaklah semudah itu.

Apa yang kita kena jelas adalah Pampasan Penyakit Kritikal yang bagaimana syarikat Takaful kita lindungi. Ini yang penting.

Dalam buku polisi akan tercatat jelas. Kita perlu menyelaknya satu per satu.

Peringkat Penyakit Kritikal terbahagi kepada 2 jenis :
– Peringkat Awal (Early Stage)
– Peringkat Akhir (Final Stage)

Contoh Perlindungan Pampasan Penyakit Kritikal bagi kategori Kanser
Peringkat Awal : Karsinoma-in-situ

Manakala bagi Pampasan Penyakit Kritikal peringkat akhir, kita perlu jelas ianya adalah final stage.

Jika kanser, ianya kanser tahap 4
Jika buah pinggang, kedua-duanya rosak.
Jika strok, strok yang menyebabkan deficit otak.
Dan sebagainya..

#4KaedahBayaranPampasan

Bagaimana Pampasan Sakit Kritikal anda akan dibayar?

Setahu saya, ianya akan ada 2 keadaan, SECARA BERPERINGKAT ataupun LUMPSUM.

SECARA BERPERINGKAT mengikut kondisi penyakit yang dialami, biasanya kaedah ini diaplikasi dalam polisi yang ada Pampasan Penyakit Kritikal Peringkat Awal.

LUMPSUM pula bayaran yang dibuat sekaligus bagi yang mengalami Penyakit Kritikal khususnya sakit peringkat akhir.

#5MelindungiKeluarga/Individu

Ini menarik. Kebiasaannya Pampasan Penyakit Kritikal akan melindungi individu.

Tetapi ada juga syarikat yang menawarkan polisi family plan untuk penyakit kritikal.

#6ResetCoverage

Ini pun menarik dan tertarik.

Apabila disahkan menghadapi Penyakit Kritikal dan anda sudah claim pampasan tersebut. Jika selepas 12 bulan, perlindungan akan di’reset’ semula kepada perlindungan asal.

Ianya khusus untuk Penyakit Kritikal Kanser.

#Kesimpulan

Jika anda taip lumpuh ataupun barah/kanser di google.

Banyak akbar tempatan memaparkan kisah-kisah keluarga yang terpaksa berhempas pulas disebabkan oleh kondisi penyakit kritikal yang dialami oleh salah seorang individu penting dalam keluarga.

Pampasan ini adalah untuk sara hidup keluarga.

Akif Radzi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com