fbpx

Bisnes – Ayuh Berlari Bersama-sama!

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 375Words
  • 320Views

“If you want to run fast, run alone; if you want to run far, run together” – Peribahasa Afrika.

Ini adalah catatan lama saya dari kursus BAMC (Basic Agency Management Course) yang saya hadiri beberapa bulan lalu;

 

 

31 Oktober 2013

Hari ini hari

terakhir BAMC, aktiviti pagi ini adalah Great Race Run (GRR) berkumpulan.

Jika semalam, acara GRR dijalankan secara individu, hari ini aktiviti sama dijalankan secara berkumpulan.

Berbanding semalam semua peserta dikehendaki berlumba lari 2 km berseorangan, kali ini lebih mencabar apabila perlumbaan dijalankan secara berkumpulan.

Ia mencabar kerana setiap kumpulan berjumlah 5 orang dikehendaki berlari bersama dan tidak boleh berlari berasingan. .

Secara logiknya, peserta yang paling pantas pun perlu mengikut peserta paling lambat.

Sebenarnya keajaiban berlaku, apabila peserta yang paling lambat dalam kumpulan berjaya mengatasi catatan masa semalam apabila berlari dalam kumpulan.

Ini kerana apabila berlari di dalam kumpulan, peserta yang paling lemah mendapat suntikan semangat daripada peserta yang kuat manakala yang kuat memberi galakan kepada yang lain untuk berlari.

Benar kata pepatah di atas – jika kita mahu larian yang pantas maka berlarilah seorang diri; jika kita mahukan larian yang lama, maka berlarilah bersama-sama.

Aplikasi Bisnes

Aplikasi sama boleh kita amalkan dalam sesebuah syarikat atau kumpulan bisnes.

Bekerja bersendirian lebih mudah kerana tidak memerlukan sebarang prosedur, birokrasi, budaya beramai-ramai kerana segala-galanya diputuskan sendiri.

Bekerja dalam kumpulan lebih mencabar kerana ia memerlukan saling bekerjasama antara satu sama lain, dan dalam erti kata mudah ia lebih “melecehkan”, berbanding bekerjasama bersendirian.

Yang paling mencabar dalam sesebuah organisasi bisnes ialah cabaran untuk menguruskan kepelbagaian.

Dalam sesebuah organisasi bisnes, setiap ahli pasukan memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Justeru apabila setiap kelebihan individu digabungkan, dan setiap kelemahan ditampung boleh menghasilkan hasil yang jauh lebib baik daripada penghasilan individu.

Tahniah buat semua peserta BAMC Takaful IKHLAS batch 23, edisi 2013.

Apa yang penting? Kerjasama!

p/s; Saya tag rakan-rakan satu batch, dan mohon pertolongan rakan-rakan tag juga rakan-rakan kita satu batch yang saya tidak tag.

Seronok berkenalan dengan kalian! Sama-sama kita sebarkan dakwah muamalah Islam di Malaysia.

p/ss; Buat rakan-rakan yang berminat menyertai bisnes yang menyeronokkan ini, boleh hubungi saya melalui PM inbox atau emel afyan.ikhlas@gmail.com atau isi borang
http://rahsiatakaful.com/v1/peluang-kerjaya

Bisnes yang menguntungkan dunia akhirat.

Afyan Mat Rawi, IFP
Pengurus Agensi,
INFAQ Consultancy and Advisory.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap…