fbpx

Bisnes, KLCC dan…

  • 3 years ago
  • 1Minute
  • 181Words
  • 418Views

Tip Bisnes | Memulakan Bisnes

 

Memulakan bisnes umpama membina bangunan; pada permulaannya perlu membina dasar dan tapak.

 

Pada waktu ini, orang masih belum melihat hasilnya dan ia mungkin memakan masa yang lama.

 

Umpama KLCC; 5 tahun pertama adalah untuk membina tapaknya – dalam tempoh ini, tiada siapa nampak sebarang binaan kerana semuanya adalah binaan dalaman iaitu dasarnya.

 

Hanya selepas 5 tahun, barulah setingkat demi setingkat dibina dan 88 tingkat dibina dalam masa dua tahun sahaja!

 

 

Begitu juga bisnes, tahun-tahun pertama tidak nampak sebarang hasil yang bombastik dan boleh dibanggakan kerana dalam tempoh ini hanyalah tapak dan dasar yang dibina.

Namun tidak ramai yang sanggup menunggu tempoh ini dan kerana itulah 90% bisnes ditutup dalam masa setahun hingga tiga tahun.

Dalam bisnes, tahun-tahun pertama inilah masa yang paling kritikal untuk membina kejayaan pada masa hadapan dan kata kunci paling utama dalam tempoh ini adalah ISTIQAMAH.

Cuba bayangkan, selepas 3 tahun pembinaan KLCC – peneraju projek tiba-tiba membatalkan projek pembinaannya kerana ia tidak berjaya mendatangkan hasil, tentu hari ini kita tidak melihat bangunan setinggi 88 tingkat itu.

 

Sumber dari FB Afya Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Adikku, Keputusan UPSR bukan penentu masa depanmu, Ia hanya penentu…