Boleh ke jadi ejen takaful 100% secara online tanpa jumpa pelanggan?

Soalan ini datang daripada posting iklan berkenaan peluang tambah pendapatan sebagai ejen takaful.
“Afyan Mat Rawi, IFP nk tnya, kalau kita buat online, kita still kena served client face to face juga ke? maksudnya kalau client tu dr negeri lain, kita kena ke sana lah ya utk assist apa2 isu in future?”
Soalan ini legit dan respon saya sebagaimana dalam gambar. Ini huraiannya;
Sepanjang 20 tahun lebih saya berada dalam industri takaful, klien saya ada di serata Malaysia malah ada juga yang berada di luar negara.
Tidak ada sangat isu untuk servis ini. Servis yang saya maksudkan adalah membantu pelanggan untuk urusan-urusan berkaitan takaful seperti pembayaran, tuntutan /claim, perubahan maklumat, kemaskini alamat dan sebagainya sehinggalah kepada proses penamatan sijil takaful.
Hampir semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.
Mungkin ada yang menyangka ejen takaful perlu bantu urusan claim hingga ke bilik wad atau hospital, sebenarnya ia adalah pilihan dan servis ekstra oleh ejen.
Saya tidak lakukannya dan memang maklumkan awal kepada pelanggan supaya pre-mindset mereka perkara ini.
Komitmen saya untuk membantu mereka untuk urusan tuntutan / claim, tapi tidaklah sampai ke katil wad. Ia di luar kemampuan saya dan saya pastikan pelanggan tidak ada expectation begitu apabila menjadi pelanggan saya.
Namun jika ada ejen yang mampu lakukan begitu, ia adalah satu tindakan yang wajar dipuji dan saya tabik spring. Saya tidak mampu lakukannya.
Jika ejen anda begitu, pegang kemas-kemas. Jika tidak pun ia bukan masalah besar selagi mana mereka membantu anda di saat-saat diperlukan dan respon sebarang soalan serta mesej yang dihantar
BEZA EJEN DULU VS SEKARANG
Zaman sekarang semua di hujung jari. Malah jadi ejen takaful pun jauh berbeza dengan saya waktu mula-mula jadi ejen dulu.
Jika dulu ke hulu ke hilir appointment kena bawa laptop dan borang fizikal untuk memudahkan buat quotation pelanggan dan isi borang.
Setiap pelanggan saya pastikan tandatangan 2 borang sebagai back up jika ada berlaku kesilapan.
Jika ada tempat tertinggal tandatangan memamg haru. Nak kena jumpa balik untuk turunkan tandatangan.
Sanggup bawa laptop yg seberat sekilo dua untuk memudahkan buat quotation pelanggan on the spot.
Sekarang tidak lagi. Zaman dah berubah.
Dari kertas fizikal, ke zaman iPad atau tab sahaja untuk buat quotation klien dan submission.
Malah jika kami di Takaful IKHLAS, hanya pakai handphone sahaja. Tak payah beli iPad macam kompeni lain. Hihi
Malah appointment dan presentation pun boleh dijalankan secara remote dan online
Banyaaaaaaaak jimat kos pengangkutan dan petrol, malah dapat jimatkan masa juga.
Memang jauuuuuuuuuh beza dulu dengan sekarang.
Appointment face to face adalah pilihan kedua, bergantung kepada situasi.
Malah ada juga pelanggan yang hanya berurusan melalui WhatsApp sahaja hingga kepada sign up sijil takaful.
Memang kami di INFAQ Consultancy menyediakan ruang dan peluang untuk ejen-ejen jalankan bisnes takaful secara online sepenuhnya.
Ada sebarang soalan lain?
Afyan Mat Rawi
23 tahun dalam industri takaful dan kewangan
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
