fbpx

Borak & MembaWang bersama Dato’ Manap, bekas CEO Bank Muamalat: Perbankan Islam Membawa Kemudaratan Kepada Rakyat?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 324Words
  • 696Views

Saya sangat berbesar hati apabila Dato’ Manap sudi untuk menjadi panel program Borak & MembaWang #BorakMembaWang “musim baru”.

Tahun lepas ketika PKP, saya pernah anjurkan beberapa kali program ini dan agak lama juga tidak bersiaran atas kelemahan saya menyusun masa pasca-PKP ini.

Jadi, untuk Program #BorakMembaWang musim baru kali ini, kita membawakan bekas CEO Bank Muamalat yang pernah mengkritik sistem kewangan dan perbankan Islam.

Beliau juga adalah pengasas pertubuhan Movement for Monetary Justice Malaysia.

Seperti musim sebelum ini, format program Borak & MembaWang ini adalah soalan diajukan oleh para penonton dan saya sebagai moderater untuk sampaikan kepada ahli panel, secara live.

Pada musim lepas, antara ahli panel yang pernah dijemput untuk bersama adalah seperti Dr Daud Bakar, Dr Sufyan, Dr Hj Razli, Tn Azizi Ali, Tn Zaidi Ismail, Tn Faizul Ridzuan u tuk membincangkan pelbagai topik kewangan secara santai.

Antara topik yang pernah dibincangkan adalah berkenaan perbankan Islam, forex, kripto, hartanah dan seumpamanya.

Jika topik pertama pada musim lepas adalah “Sama sahaja perbankan Islam dengan konvensional?”, kali ini topik “Perbankan Islam membewa mudarat kepada rakyat?”.

Doakan agar majlis-majlis ilmu sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sudah susun beberapa ahli panel dan tajuk untuk 2 minggu akan datang. Untuk minggu ketiga akan datang dan seterusnya masih belum ada tajuk dan topik.

Cadangnya nak panggil daripada komuniti forex trader, tapi masih tak kesampaian.

Ada cadangan topik dan panel lain untuk minggu-minggu akan datang?

Apapun minggu depan kita akan bersama dengan Dato’ Manap until mendengar sendiri dari mulut beliau sebagai orang yang berpengalaman lama dalam bidang perbankan bagi membicarakan topik “Perbankan Islam membawa mudarat kepada rakyat?”.

Apa soalan yang Tuan-Puan nak ajukan kpd beliau?

Boleh tonton rakaman live di bawah dalam program Bicara Wang: Perbankan Islam Membawa Kemudaratan Kepada Rakyat?

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sejak tahun lepas ramai yang bertanya saya tentang Royal Q,…