fbpx

Borak & MembaWang, Forex Trading Haram: Kenapa saya masih jalankan bisnes Forex Trading?

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 258Words
  • 584Views

Untuk sesi Borak & MembaWang FOREX TRADING HARAM: Kenapa Saya Masih Jalankan Bisnes FOREX TRADING?, saya takkan buat ulasan secara spesifik ke atas panel dan hujah beliau tanda hormat saya kepada panel, Tuan Mat Duan Takdok. Tonton video penuh di bawah.

Saya anggap di sebagai sahabat baru saya. Sementelah, selama ini beliau bukan dari kalangan forex trader yang selalu tidak puas hati dengan tulisan-tulisan saya di FB. Beliau juga tak pernah datang spam komen FB saya melontarkan kata-kata kesat seperti yang dilakukan oleh beberapa haters yang follow FB saya seperti Anugerah Iskandar, Chid, Syahidun Jahaya dan lain-lain.

Saya respek keberanian Tuan Mat Duan untuk muncul secara live di platform saya, walaupun hasrat asal saja adalah untuk mengajak haters tadi.
Sebagaimana yang saya kongsikan sebelum ini, sesi berkenaan memang takkan mengubah pendirian dari kalangan komuniti forex atau yang menolaknya.

Justeru, saya serahkan kepada publik untuk menilai hujah beliau.

Sebagaimana sesi yang sama bersama Dato’ Manap tempoh hari, saya tidak sekali-kali mengkritik hujah beliau secara spesifik. Tidak sayugia saya lukakan perkara seumpama itu ke atas tetamu.

Hujah-hujah saya, Tuan sudah baca dan tonton selama ini tanpa perlu saya tujukan spesifik kepada mana-mana panel saya.

Rakan-rakan boleh membuat penilaian sendiri.

Insya Allah kita akan berjumpa dalam #BorakMembaWang minggu depan dengan tajuk berikut pula:

FOREX Trading HALAL? Kenapa Saya Berhijrah Tinggalkan Forex?

Updated : Boleh tonton video penuh di bawah

Jangan lupa klik link dan klik “going” sebagai tanda sokongan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berita baik untuk semua yang nak tambah income dan nak…