fbpx

Asal Keluar Video Di ML Studios, Mesti Kena Kecam.

Asal keluar video di ML Studios, mesti kena kecam. Asal kena kecam, mesti keluar video.

Hahaha…

Mengecam, mengkritik, memaki hamun, menghentam kapitalis yang mempunyai banyak wang dan membeli rumah banyak-banyak tidak memberi kesan langsung kepada mereka.

Kita boleh marah, sedih, kecewa, tak puas hati, mengamuk, meroyan sebab harga rumah mahal.

Tapi ia tak mempu menurunkan harga rumah.

Buat 10 video mengecam kapitalis pun takkan mampu menurunkan harga rumah.

Yang kita boleh lakukan ialah mengambil satu tindakan untuk mengubah kehidupan dan kewangan kita menjadi lebih baik supaya kita dapat membeli rumah sendiri.

Kemudian, kita perbaiki lagi kewangan kita supaya lebih baik dan seterusnya boleh membantu orang lain untuk mengubah kehidupan mereka.

Kita boleh beli rumah dan kemudian sewakan dengan lebih murah.

Kita boleh bayar lebih zakat, lebih banyak menderma, bersediakah dan membuat amal jariah.

Kita boleh bina lebih banyak bina surau, masjid, madrasah.

Itulah mesej yang saya cuba sampaikan dalam video ini.

Bukan cara-cara untuk mengurangkan harga rumah. Kalau ada sesiapa ada idea dan strategi untuk menurunkan harga rumah, boleh buat video dan hantar kepada ML Studio.

Kasi lawan itu kapitalis! Amacam? Ada bran?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Dah biasa kena kecam.
Baru beli 2 buah rumah. Dikira kapitalis dan akan dikecam tak?

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com