fbpx

#BorakMembaWang. Ada apa dengan Quantum Metal (QM)?

  • 10 months ago
  • 4Minutes
  • 671Words
  • 467Views

Terima kasih kepada semua 15,000 rakan-rakan yang menonton sesi live #BorakMembaWang Ada apa dengan Quantum Metal (QM) malam tadi.

Juga terima kasih tak terhingga kpd Coach Fadzil l yang sudi menjadi tetamu program #BorakMembaWang[LIVE] Borak & MembaWANG – Ada apa dengan Quantum Metal (QM)?ini.

Rakaman program tersebut masih ada di FB & YouTube saya untuk kalian tonton kembali daripada awal, atau bagi yang tak berkesempatan live. Boleh skrol untuk tonton kembali.

Saya mohon maaf kerana tak dapat menjemput pihak tertinggi atau penasihat syariah QM, atas kelemahan diri sendiri menghubungi mereka.

Bagi yang baru follow, program Borak & MembaWang #BorakMembaWang adalah talk show isu-isu kewangan yang saya usahakan sejak tahun lepas.

Antara topik yang sudah dibincangkan berkaitan dengan isu perbankan Islam, isu forex, isu scammer hartanah dan sebagainya. Isu pelaburan emas, baru pertama kali tadi. Insya Allah akan diadakan lagi kelak.

Panel-panel yang dijemput tidak semestinya yang selari dengan pendirian saya selaku moderator. Saya pernah menjemput forex trader, walaupun umum tahu bahawa saya memang anti-forex trading. Malah saya juga pernah menjemput ex-CEO Bank Muamalat yang banyak mengkritik perbankan Islam di Malaysia, walaupun saya pro-perbankan Islam.

Alhamdulillah, sehingga kini semua majlis ilmu #BorakMembaWang ini berjalan dengan lancar, aman dan sejahtera biarpun panel yang ditampilkan tidak sebulu dengan saya sebagai moderator dan penganjur.

Sebagai tuan rumah, saya menghormati semua tetamu-tetamu yang hadir. Maka saya mohon semua rakan-rakan turut menghormati pendirian kami.

Maka malam tadi, program #BorakMembaWang menjemput wakil QM walaupun saya agak kritikal dan sinikal terhadap pelaburan leverage emas disebabkan risikonya. Walaupun saya sudah mendaftar sejak tahun lepas tapi sehingga kini saya belum bersedia untuk melabur.

Bagi rakan-rakan yang follow saya lama, tahu bahawa saya bukan jenis pelabur yang high-risk. Namun itu tidak menghalang untuk menjadi moderator dan menjemput panel yang berbeza pandangan dengan saya.

Saya berusaha untuk menjadi moderator yang adil tanpa perlu berdebat dan bertelingkah dengan panel yang menjadi tetamu saya.

Program ini bukan program forum yang menampilkan ramai panelis. Ia juga bukan program debat yang menampilkan panel-panel yang berbeza pandangan.

Sengaja program talk-show ini dianjurkan sebegitu rupa, supaya ia berbeza dengan talk-show yang lain. Walaupun saya tidak sehaluan dengan panel-panel yang dijemput, ia bukan halangan untuk program sebegini dianjurkan. Jangan terkejut jika akan datang saya jemput haters untuk jadi panel. Eh, pernah jemput tapi meraka taknak 😅

Jika ada yang nak anjurkan debat, silakan, tapi bukan dalam program #BorakMembaWang. Saya bukan jenis orang yang sukakan debat, tapi jika dicabar untuk membuktikan kebenaran, saya tak menolak. Pernah sebelum ini ada yang ingin mencabar saya debat berkenaan isu forex dan isu perbankan Islam, saya alu-alukan.

Sebenarnya agak lama program ini tidak bersiaran atas kelemahan saya mengurus masa. Jadi, mohon doa rakan-rakan semua supaya saya istiqamah.

Satu lagi cabaran menganjurkan program ini adalah kesukaran menjemput ahli panel yang bersedia dengan format ini.

Sebelum ini pernah saya usahakan untuk menjemput wakil daripada sebuah institusi kewangan gergasi untuk topik berkenaan hukum produk yang selalu diperdebatkan hukumnya, tapi tidak berjaya. Institusi berkenaan tidak selesa dengan format yang terlalu “liberal” apabila soalan-soalan diajukan oleh penonton tanpa ditapis, walaupun panel yang dijemput bersetuju pada awalnya.

Pernah juga saya usahakan untuk menjemput tokoh besar, awalnya bersetuju tapi akhirnya menolak selepas mendapat nasihat organisasi beliau.

Maaf, jangan minta saya mention siapa dan institusi mana tentang perkara di atas. Kalau saya sebut nama dan institusi, nanti kecoh jadinya. Biarlah rahsia…. Kalau ada yang nak tahu, kena mengeteh la…

Rentetan beberapa insiden itu, saya jadi sedikit kurang semangat untuk anjurkan program sebegini. Saya lakukan secara sukarela tanpa keuntungan. Jadi apabila ada sedikit cabaran berkenaan panel, agak terbantut pula.

Kalau saya buka kepada mana-mana pihak untuk sponsor program ini, ada tak yang berminat?

Saya sedang usahakan untuk mengadakan program ini dengan topik yang sama berkenaan pelaburan emas secara leverage, tapi kali ini dengan tokoh yang agak kritikal berkenaan perkara ini.

Siapakah gerangannya? Rakan-rakan boleh berteka-teki sehingga saya umumkan kelak. InsyaAllah jika tiada aral, akan diadakan hujung bulan ini. Doakan agar panel berkenaan terima jemputan saya.

Apa lagi tajuk-tajuk dan siapakah panel yang Tuan-Puan mahukan?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Page Azree Hanifiah https://www.facebook.com/azreehanifiah/posts/pfbid0xubY8Xn9xC3icjY59zDkkppwVJY5t2rJCYS5v9ooXjppuH1q3TUz4hLuCs6uyzDml Dibayar Mahal, Dibayar…