Buat Keputusan Untuk Memilih

Dipetik dari FB Wanie Liman

Assalamualaikum wbt Rakan Rakan Seperjuangan ❤️
09 August 2020
.

BERMULA DENGAN KERANI

Semesta akhir diploma, tengah dalam final exam dikhabarkan ayah meninggal dunia mengejut tanpa sakit yang lama. 😭

Saya di Kuala Terengganu dan keluarga di Kuala Lumpur. First time naik flight dalam hidup, x pernah sebelum ni. Tapi beranikan diri yang penting cepat sampai.

Konvokesyen hanya ditemani Tok Ayoh, Mek dan Ma. Alhamdulillah syukur adanya mereka . Tok Ayoh dan Mek banyak bantu, dengan kereta buruk warna merah tu lah dia ulang alik amik dan hantar dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu tempat saya belajar. Sayang Tok Ayoh dan Mek 🥰😭

Disebabkan keadaan hidup keluarga kami, saya tak mampu untuk sambung belajar, saya pilih untuk bekerja supaya dapat bantu Ma dan sara adik adik yang masih kecil. Kawan-kawan saya majoriti sambung belajar ke UPSI dan sekarang menjadi pendidik kepada anak bangsa. Kalau tak saya pon salah sorang dari cikgu seperti kawan kawan yang lain. Apakan daya.. Tapi sekarang saya cikgu jugak, Cikgu Takaful.

Alhamdulillah, saya dapat tawaran kerja di sebuah Bank, itu pun atas rujukan seorang saudara. Alhamdulillah dapat lah jadi kerani bank. Gaji tak lah tinggi mana, boleh laa buat tampung belanja Ma dan Adik-adik di bandar Kuala Lumpur.

Hari-hari tengok duit, hari-hari kira duit orang. Bukan sikit, Berpuluh ribu, beratus-ratus ribu.
Macam mana mereka boleh banyak duit? Kerja apa ye mereka ni..?
Bermain dlm fikiran saya.

Suatu hari seorang kenalan datang ke rumah untuk berkongsi tentang manfaat perlindungan takaful. Tak nampak sangat tentang kepentingan takaful pada masa tu. Apa yang menarik perhatian saya, macam mana nak buat pendapatan tambahan macam dia. Terima Kasih Jairi Johari kenal kan saya 😝

Bermulalah perjalanan saya menjadi seorang Konsultan Takaful. Bermula dengan sambilan selepas beberapa bulan saya nekad berhenti kerja, dan buat sepenuh masa.

Tahun pertama penuh cabaran, banyak yang perlu belajar dan dalam masa yang sama perlu cari client. Ulang alik dari Cheras ke Klang seminggu dua kali untuk menuntut ilmu, menghadiri Agensi Training dan Meeting. Lepas kerja sampai rumah pukul 6 petang, siapkan anak anak, bawak diaorang sekali, magrib di Petronas saja. Terima Kasih Petronas. Begitulah rutin mingguan saya sebagai Konsultan Takaful.

Setahun saja jadi konsultan saya dapat tandingi gaji di bank, malah lebih. Apa yang menjadi keterujaan saya ialah dapat melancong ke luar negara. First time lagi perkara yang berlaku dalam hidup saya ialah dapat buat PASSPORT yang pertama dalam hidup. Bukan pergi jauh pon ke Indonesia saja , tapi teruja yang amattt 🤣

Tahun ke lima sebagai konsultan, dengan komisen takaful saya dapat membeli sebuah rumah bernilai lebih setengah juta.. satu kejayaan yang sangat bermakna buat saya kerana jika saya memilih untuk terus makan gaji mungkin saya tak mampu lagi untuk beli rumah ketika itu.

BUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMILIH !

Sepanjang menjadi konsultan biasa, komisen saya setanding gaji manager bank ketika itu. Bukan untuk bermegah, sombong diri malah bukan sekali kali untuk menunjuk. Tapi ia sebagai ransangan kepada Team Partner saya tentang “Believe in Bisness Takaful”.

Tunggu next posting saya tentang perjalanan menjadi Team Leader 💪🏼

Sharing is Helping 🥰
Kak Wanie @ Wanie Liman
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com