fbpx

Saya Tersalah Faham Tentang Hibah Takaful

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 214Words
  • 493Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad

Dahulu, saya tersalah faham tentang hibah takaful. Apa hibah takaful ni dan apa fungsi dia?

Puncanya malas baca dan ambil tahu.

Mulanya saya ingat dengan melanggan hibah takaful, maka kita membayar khidmat kepada perunding takaful untuk menguruskan harta yang kita hendak hibah.

Sebenarnya bukan. Kalau nak dapatkan perkhidmatan hibah dan harta pusaka jumpa perunding bukan takaful. Rupa-rupanya hibah takaful cuma mengambil konsep hibah dalam melanggan takaful.

Prosesnya begini:

1. Jumpa perunding takaful.

2. Perunding takaful yang budiman akan terangkan modul INFAQ. Perunding bukan INFAQ mungkin lain caranya.

3. Perunding akan kaji tabiat perbelanjaan bakal pelanggan.

4. Perunding cuba kaji dan dapatkan kekuatan kewangan bakal pelanggan.

5. Perunding cadangkan apa keperluan bakal pelanggan sesuai dengan kedudukan kewangan bakal pelanggan sekarang.

Sekarang mana hibah takafulnya?

Hibah takafulnya begini pula:

1. Ambil contoh saya melanggan takaful dengan perlindungan 200K.

2. Sumbangan bulanan sekitar 150 sebulan (ikut umur) lagi muda lagi murah.

3. Dalam borang yang diisi perunding, dia akan tanya kalau berlaku ujian kematian ke atas pemilik polisi (saya la tu) perlindungan 200K ni nak hibah kepada siapa?

4. Saya nak hibahkan kepada isteri. Bukan letak penama. Tapi hibah. Maksudnya kalau berlaku sesuatu, perlindungan 200K tadi menjadi milik isteri. Itu je hibah takaful. Ingatkan apa 😁

Ahmad Mustapha Ahmad
INFAQ Consultancy
Kepala Batas, Pulau Pinang

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Wanie Liman Assalamualaikum wbt Rakan Rakan Seperjuangan ❤️…