Buatlah Simpanan Berkala Untuk Anak-anak
Tulisan dari FB Pn Noraini Othman ini adalah berkenaan tabungan untuk masa hadapan dan inflasi.
Alhamdulillah.. alhamdulillah…
Semalam dipertemukan dengan dua orang existing client 30an, unit trust yang mempunyai kesedaran dalam bab kewangan.
Pakaian biasa-biasa walaupun tergolong dalam golongan M40. Respek.
Antara isu yang dibualkan ialah kos membeli rumah yang sangat tinggi.
Harga rumah apartment 1000 kaki persegi area gelang patah bernilai RM150k. Permohonan dibuat semasa bujang, lulus semasa anak dah 2. Saya kira ini antara yang paling murah buat masa ini.
Yang landed house sedang dibina pula dalam RM400k ke atas.
Pengasuh anak -+RM400 seorang. Tadika terkenal pula dalam lingkungan RM400++ ke atas untuk seorang.
Masa 20 tahun lepas, mereka bawa duit belanja sekolah 30 sen je, sekarang kemungkinan dah RM3 dan ada yang lebih.
Sekarang kos serba berdiri kemasukan tingkatan 1 SBP +-RM2k. Kos serba berdiri masuk ke institusi pengajian tinggi tentu lebih daripada dua kali ganda.
Ini inflasi yang kita selalu terlepas pandang apabila membuat pengiraan tentang tabung masa hadapan.
Maka saya sangat galakkan buatlah simpanan berkala untuk anak-anak @ bakal anak daripada sekarang.
Melabur demi masa depan anak ialah antara pelaburan yang paling bijak. Bukti sayangkan anak dengan membuat tabungan pendidikan.
Rujuk komen pertama untuk contoh pengiraan tabung pendidikan anak-anak.
INFAQ Consultancy JDT.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran