fbpx

Apa yang ahli politik oleh belajar daripada kejayaan Bell Ngasri dalam ABPBH?

  • 9 months ago
  • 2Minutes
  • 368Words
  • 157Views

APA YANG AHLI POLITIK BOLEH BELAJAR DARIPADA KEJAYAAN BELL NGASRI DALAM ABPBH?

1. JANGAN MUDAH MENABUR JANJI.

Tak dapat tunaikan JANJI, Bell terus minta maaf waluapun bulan Ramadan lambat lagi. Malah sebenanrnya ketika beliau melancarkan “manifesto” untuk belanja makan di tengah hari bulan puasa, kita tahu ia adalah gurauan.

Gurauan itu adalah refleksi watak Barkoba yang mempopularkan beliau dalam dunia hiburan sehingga membawa kepada kemenangan dalam ABPBH 2023.

Apa yang ahli politik boleh belajar? Jangan mudah berikan janji palsu. Jika terlajak janji banyak kali tapi tak mampu ditepati, mengaku salah sahaja dan usah berikan seribu satu alasan apatah lagi menyalahkan parti lawan.

2. TIDAK OVER CONFIDENT .

Sebelum diumumkan sebagai pemenang, gelombang sokongan terhadap Bell Ngasri sangat tinggi, sehingga orang yang tidak pernah mengundi dalam ABPBH pun turut menyuarakan sokongan dan undian mereka di medsos.

Namun Bell tetap tenang dan tak menunjukkan yang beliau yakin menang.

Apa yang ahli politik boleh belajar? Jangan over confident.

Biasa kita dengan ahli politik yang asyik-asyik mengulangi “kami mampu buat kejutan dalam pilihanraya akan datang”, pada setiap kali musim pilihanraya walaupun setiap kali mengundi memang kalah.

Itulah bezanya ahli politik, yakin mesti lebih 😂

3. TIDAK BERGANTUNG KEPADA PENYOKONG TEGAR

Rata-rata yang menyokong dan mengundi Bell bukanlah penyokong tegar Bell. Malah Bell mengakui bahawa beliau tidak ada kelab penyokong atau dan club.

Sokongan beliau adalah daripada rakyat jelata yang bukannya daripada kalangan penyokong tegar beliau.

Apa yang ahli politik boleh belajar? janganY semata-mata bergantung kepada undi ahli dsn penyokong tegar untuk menang.

4. KUASA VIRAL

Tidak dapat dinafikan, kemenangan Bell banyak dipengaruhi oleh mood daripada pengguna media sosial yang selalu berkongsi petikan-petikan lakonan Bell dan ditambah pula penampilan beliau muncul banyak kali dalam iklan terutama Pak Mart Western.

Apa yang ahli politik boleh belajar? Jangan pandang rendah kepada kuasa viral. Ia boleh menaikkan dan menjatuhkan.

5. TIDAK TRY HARD MENGANGKAT DIRI SENDIRI DAN MEMBURUKKAN PIHAK LAWAN

Sepanjang kempen, tak nampak beliau “try hard” untung menang ABPBH. Beliau juga tidak pernah memburukkan pesaing-pesaing beliau.

Apa yang ahli politik boleh belajar? Berpada-pada dalam berkempen, jangan try hard sangat dan jangan burukkan lawan apatah lagi fitnah.

Senarai ini bertambah dari masa ke masa bergantung kpd respon pembaca.

Ada lagi nak tambah? Yang terpilih saya akan masukkan.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cukupkah RM240,000 untuk bersara bermaruah? Andaikan kita bersara umur 60,…