fbpx

Burger segera Thailand yang dibeli di 7 Eleven Thailand tak halal?

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 320Words
  • 5334Views

Apabila berada di negara Muslim minoriti, kita meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada orang Islam tempatan untuk mencari makanan halal.

Semalam dan pagi tadi saya kongsikan antara makanan rare yang saya makan di sini iaitu burger segera Thailand yang dibeli di 7 Eleven Thailand.

Ada yang komen, katanya ia dibuat oleh kilang yang sama menghasilkan burger yang tidak halal. Rujuk imej di bawah.

Rujuk posting tadi. Baca di sini.

Dalam hal ini, suka saya ambil pendekatan yang saya belajar berdasarkan amalan Rasulullah,

Rujuk hadith di bawah:

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya di sini (Madinah) terdapat kaum-kaum yang baru sahaja (meninggalkan) kesyirikan (baru menganut Islam) yang membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak ke atasnya (semasa sembelihan). Apakah boleh kami memakannya? Sabda Nabi s.a.w.: “Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah”

(Riwayat al-Bukhari, al-Nasai, Abu Daud dan lain-lain)

Mencari yang halal itu fardhu. Dalam masa sama juga umat Islam tidaklah digesa untuk menyiasat sebegitu rupa.

Burger segera keluaran syarikat CP Brand ini antara makanan popular rakyat Malaysia di Thailand. Burger ayam,daging, ikan mendapat status halal daripada The Halal Standard Institute of Thailand. Syarikat ini juga bertapak di Malaysia, saya pun baru tahu berdasarkan komen-komen yang diberikan.

Status halla oleh The Halal Standard Institute of Thailand adalah salah satu yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. Kecuali yang terang tulis Pork Burger.

Justeru, saya meyakini status halla tersebut dan makan burger tersebut tanpa rasa was-was.

Tapi jika ada yang was-was, tak perlu makan. Setakat ilmu cetek saya dalam bidang muamalat ini, begitulah yang dianjurkan oleh Islam. Jika kita yakin, tiada masalah untuk kita makan. Kecuali kita nampak bukti nyata bahawa ia tidak halal.

Yang ni harammmmm…

Kita menghukum berdasarkan yang zahir. Selebihnya kita serah kepada Allah Taala.

Siapa nak try burger Thailand, boleh order di sini

Siapa nak pergi oversea percuma macam ni? Sertai kami di INFAQ Consultancy. Klik di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa hari ini, posting ini naik balik. Masa mula-mula baca,…