Bursa Malaysia perkenal pelaburan emas Bursa Gold Dinar
Sepintas lalu Bursa Gold Dinar (BGD)
– Buat julung-julung kalinya Bursa Malaysia melancarkan platform jual beli emas patuh syariah melalui aplikasi mudah alih.
– Setakat ini aplikasi tersebut hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Apple. Bangsa Android kena tunggu sedikit masa lagi.
– Perkara pertama yang saya cari ialah harga dan spread. Tapi malangnya sebagai sebahagian bangsa Android, saya belum dapat semak.
– Berdasarkan page Ringgit oh Ringgit, berikut adalah harga jual beli emas di Bursa Malaysia Gold pada hari pelancaran
BGD jual: RM312.18,
BGM beli: RM308.16 (spread yang sangat rendah!)
– Kadar spread tersebut lebih rendah daripada akaun Maybank Islamic Gold Account (MIGA)
Maybank jual: RM315.34,
Maybank beli: RM303.16
– Perkara seterusnya saya semak ialah PEMATUHAN SYARIAH.
(Tengok harga dulu baru tengok patuh syariah?. Ampunkan dosaku Ya ALLAH)
– BGD memastikan emas fizikal dibeli terlebih dahulu sebelum dijual kepada pelabur, menepati piawian Gold Standard AAOIFI dan Parameter Pelaburan Emas JAKIM
– Standard syariah ini sama digunakan oleh bank-bank Islam di Malaysia, dan akan ada audit tahunan oleh Jawatankuasa Syariah Bursa
– Untuk membuat tuntutan emas fizikal akan ada kos tambahan dikenakan, seperti caj tempa, caj penghantaran dan perlindungan.
– Menurut Ustaz Arham Merican, yang menjadi Ketua Jabatan Syariah Bursa ketika projek dijalankan, kos-kos tersebut dikira berasingan bagi mengelakkan berlaku riba al-Fadl
– Pelabur boleh memulakan pelaburan emas di sini dengan modal serendah RM10
– Berdasarkan daripada page Ringgit oh Ringgit, beberapa kos lain yang perlu diambil kira
- Yuran top up: 0.35% daripada nilai transaksi (maksimum RM1).
- Yuran pengeluaran: 15 sen.
- Yuran pembelian dan penjualan: 0.20% masing-masing.
- Yuran pentadbiran tahunan: 0.50%.
- Yuran pendaftaran: RM5.
- Pertukaran kepada Emas Fizikal dengan yuran sekitar 4.25g + RM100.
– Selepas saya semak di website Bursa Gold Dinar, ada 12 jenis kos dan yuran dikenakan.
12 jenis caj dan yuran Bursa Gold Dinar (BGD)
1. Yuran Tambah Nilai: 0.35% daripada nilai transaksi, dengan yuran minimum RM0.10 dan yuran maksimum RM1.00. Dicaj apabila memasukkan wang tunai ke dalam Dompet Tunai.
2. Yuran Pengeluaran: RM0.15 setiap transaksi. Dicaj apabila mengeluarkan wang tunai daripada Dompet Tunai
3. Yuran Pembelian * : 0.20% daripada nilai transaksi. Dicaj semasa membeli.
4. Yuran Jualan * : 0.20% daripada nilai transaksi. Dikenakan bayaran apabila menjual emas.
5. Bayaran Kurier: RM10.00 sekotak. Dicaj semasa penebusan syiling Bursa Gold Dinar, untuk menghantar syiling BGD kepada pelabur, tertakluk kepada 100g setiap kotak.
6. Yuran Menempa: RM73.40 setiap syiling. Dikenakan bayaran untuk mencetak syiling BGD
7. Yuran Insurans/Takaful: RM13.00 setiap syiling. Dicaj semasa penebusan syiling BGD, untuk perlindungan emas semasa penghantaran kepada pelabur.
8. Yuran Pemindahan: 0.20%. Tidak dikenakan bayaran untuk jumlah pemindahan di bawah RM200.00. Dicaj apabila memindahkan emas kepada pelabur lain dalam platform emas.
9. Yuran Pentadbiran Tahunan: 0.50% daripada aset dalam aplikasi BGD. Dicaj pada asas tahunan untuk menyimpan emas fizikal dalam peti besi bercagar.
10. Yuran Pendaftaran * : RM5.00 setiap pengguna. Dicaj untuk pendaftaran pengguna pada platform BGD.
11. Yuran Penalti: RM5.00 setiap acara. Penalti dikenakan untuk penggunaan akaun bank bukan pihak pertama untuk menambah wang dompet tunai. Dana akan dikembalikan ke akaun asal ditolak yuran penalti.
12. Yuran Pentadbiran Penutupan Akaun Dorman.
- Waktu dagangan di Bursa Gold Dinar adalah setiap hari, 7 hari seminggu sehingga jam 11.50 malam.
- Pelabur BGD mempunyai pilihan untuk menebus emas dalam bentuk syiling fizikal yang direka khas, sambil memindahkan emas kepada sesiapa sahaja, menambah fleksibiliti pelaburan.
- Antara yang paling menarik ialah BGD membolehkan pelabur membuat pembiayaan emas secara kos efektif di platform tanpa perlu pergi ke Ar-Rahnu.
- Adakah Bursa Malaysia juga terinspirasi daripada emas leverage QM? Kita tunggu dan lihat. Kalau betul ada, saya berminat nak leverage 31 tan
IKLAN: Sejak beberapa bulan lepas saya aktif bisnes emas.
Tak perlu beli stok emas
Tak perlu simpan stok emas
Tak ada maintainance
Tak perlu buka kedai & sewa pejabat
Pendaftaran PERCUMA
Pakai sistem affiliate
Boleh dijalankan secara online 100%
Boleh dijalankan secara part time
Ajak orang daftar dan beli emas secara online.
Syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Dr Daud Bakar.
Meh beli emas, dapat emas dan berniaga. Tak nak meniaga dan nak buka akaun sahaja pun boleh, kami berikan sokongan yang terbaik.
Detail dan pendaftaran PERCUMA di sini di sini
Kalau nak daftar terus klik di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran