fbpx

Keuntungan bersih pelaburan emas selepas tolak zakat dan spread

  • 3 months ago
  • 2Minutes
  • 275Words
  • 104Views

Tahukah anda, jika emas meningkat 10% setiap tahun, selepas 3 tahun keuntungan purata ialah 5++% selepas tolak zakat setiap tahun 2.5% dan spread 5% apabila dijual kembali selepas 3 tahun.

Contoh simulasi pengiraan; 3 tahun lepas, kita memiliki emas bernilai RM100,000, maka hari ini nilainya ialah RM133,100 dengan keuntungan kompaun 10% setahun.

Boleh guna kalkultor biasa atau kalkultor kewangan untuk pengiraan ini.

Nota: Nisab emas minima ialah 85 grm dan perlu dibayar zakat sebanyak 2.5% selepas cukup haul 12 bulan qamariah.

Setiap tahun akan dikenakan zakat 2.5%. Berikut adalah pengiraan zakat dengan andaian nilai emas meningkat 10% saban tahun.

– Selepas setahun pertama, nilainya meningkat menjadi RM110,000 dan zakat dikenakan ialah 2.5% atau RM2,750

– Selepas rahun kedua ia bernilai RM121,000 dan zakat dikenakan RM3,025

– Dan selepas tahun ketiga ia berharga RM133,100 dan zakat dikenakan RM3,327.50

Selepas 3 tahun, jika emas itu dijual ia akan dikenakan spread. Andaikan spread minima 5% maka keuntungan RM126,445.

Selepas mengambil kira zakat, nilai keuntungan bersih selepas 3 tahun ialah RM117,342.50

Modal RM100,000 yang menjadi RM117,342.50, kiraan menggunakan financial calculator, nilai keuntungan sebenar secara purata ialah 5.78%.

Ia masih lebih tinggi daripada instrumen lain seperti Tabung Haji dan ASB, dan masih boleh melawan inflasi.

Kesimpulannya, jangan mengharapkan keuntungan pelaburan dalam jangka masa pendek. Tempoh 3 tahun masih dikira pendek.

Mana-mana pelaburan pun adalah untuk jangka masa panjang, termasuk emas.

Pelaburan yang paling menguntungkan adalah pelaburan. Sebelum melabur dalam mana-mana instrumen pelaburan, mulakan dulu dengan pelaburan ilmu.

Berdasarkan rekod sejarah, emas sentiasa bernilai pada setiap zaman. Sejak zaman tok nenek kita malah sejak zaman Nabi pun ia adalah logam berharga dan bernilai.

Tolong betulkan saya jika ada salah dalam pengiraan di atas.

Nak belajar melabur dan berniaga emas? Klik www.infaq.my/gold

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya peminat Robert Kiyosaki tapi bukan semua benda yang di…