Cadangan Untuk Tubuhkan NGO
Banyak juga cadangan kepada saya untuk tubuhkan NGO untuk melonjakkan kempen #BMF secara rasmi.
Ada juga rakan cadangan utk saya buat collection untuk membantu merancakkan kempen #BMF dan dia pun nak berikan sumbangan peribadi.
Respon saya;
1. Setakat ini saya secara personal, tak berhasrat untuk menubuhkan NGO. Jika ada rakan-rakan lain yang berhajat, saya support dari jauh. Saya tak mampu berikan komitmen jangka masa panjang, maaf.
2. Lagi pula, kita dah ada NGO seperti PPIM atau UMMAH yang sudah sedia establish dan menjalankan kempen ini selama berbulan-bulan. Mereka juga buka kepada sukarelawan untuk berkhidmat. Dalam masa sama, jika ada yang ushakan dalam bentuk NGO baru, saya akan sokong. Tiada isu.
3. Saya lebih suka gerakan ini bergerak secara organik atas dasar kesedaran dan terus- terusan berjalan sehingga akhir hayat. Tapi jika ada yang ushakan dalam bentuk NGO, saya akan sokong.
4. Jika ada yang ingin hulurkan sumbangan, boleh terus berikan sumbangan kepada NGO-NGO terlibat tadi.
5. Saya secara personal tak bercadang untuk jalankan crowdfunding, sebab ia memerlukan kepatuhan undang-undang. Silap gaya, boleh didakwa. Tambah pula dijalankan oleh orang yang banyak heater. Hahaha!
6. Jika ada yang ingin menyumbang personal, saya cadangkan Tuan-Puan beli ebook saya. Ia BUKAN crowdfunding tapi jual beli. Beli ebook ini sekaligus memberi sokongan moral kepada saya untuk terus aktif berkempen. ULANGAN; IA BUKAN CROWDFUNDING KEMPEN BMF.
7. Kalau tak dpt berikan sokongan berbentuk kewangan begitu, sokong melalui share tulidsn-tulisan saya pun dah cukup bagus. Hanya perlu klik share sahaja.
8. Kalau tak dapat share, boleh juga boleh join group PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA (ڤرستوان ايكونومي مسلم مليسيا). Kemudian, ajak Kawan-kawan lain join.
9. Kalau nak share pun tak dapat, join group pun tak dapat, doakan banyak-banyak supaya orang lain tak jadi macam kita. Tambahkan doa kempen ini terus berlangsung dengan baik dan berjaya meningkatkan ekonomi umat Islam Malaysia sekaligus ekonomi Malaysia.
10. Oh ya, ebook saya boleh dibeli di https://infaq.my/ebook-30-tip-kewangan. Ia adalah ebook. IA BUKAN BUKU FIZIKAL.
Wassalam.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran