Teguran Buat Tuan Afnan Rosli

Teguran buat Tuan Afnan Rosli

Saya ucapkan tahniah kepada Tuan atas perkembangan terkini isu training Metamorphis yang dikaitkan dengan ajaran “new age” sehingga membawa ke isu aqidah.

Saya mula ikuti isu ini apabila muncul ajaran “feeling is prayer” alam program Metamorphis yang dikatakan sesat.

Perkembangan terkini yang membabitkan autoriti agama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pertubuhan TAMRIN, menunjukkan Tuan menerima teguran dan kritikan selama ini.

Ia pernah berlaku pada ESQ beberapa tahun dahulu.

Bab yang bersangkut paut dengan agama, saya serahkan kepada autoriti untuk membuat keputusan dan saya tak ada sebarang ulasan lanjut.

Tapi ada satu benda yang dari dulu saya nak tegur.

Lama dah saya nak tegur.

Tapi serba salah saya nak berikan komen secara terbuka.

Saya disclaimer siap-siap, bahawasanya saya belum pernah lagi mengikuti program Metamorphis yang Tuan kendalikan.

Tapi memandangkan sudah ada perkembangan sebegini, elok saya sebut terus terang.

Saya tak pasti sama ada orang lain perasan atau tak perkara ini. Tapi saya dah perasan lama.

Saya harap Tuan tak kecil hati kalau saya berterus terang.

Selama ini saya hanya lihat di FB sahaja.

Tapi saya berjumpa Tuan di Karangkraf dalam program gathering influencer bulan lalu, mengesahkan apa yang ingin saya sampaikan. Masa tu nak tegur tapi serba salah.

Jadi kali ini saya terpaksa berterus terang.

Saya mohon maaf awal-awal.

Satu benda sahaja saya nak tegur;

Rambut Tuan macam rambut Ejen Ali.

Sekian.

Afyan Mat Rawi
Peminat Ejen Ali. Jemput follow & see first 😎

Minta tolong sikit boleh? Tolong follow & klik see first FB ini dan follow Channel Telegram t.me/afyanIFP 😁

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com