“Cash is King” – “Menghadapi kegawatan ekonomi”
“Raja berkata: Sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Dan 7 tangkai gandum yang hijau dan 7 tangkai yang lainnya kering. Wahai pembesar-pembesar, terangkanlah kepadaku berkenaan tafsiran mimpiku, sekiranya kamu dapat menafsirkannya.”
(Surah Yusuf: 43)
“Nabi Yusuf berkata: “Supaya kamu bercucuk tanam 7 tahun lamanya sebagaimana biasa. Maka apa yang kamu tuai itu hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit sahaja untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang 7 tahun yang sangat sulit. Ketika itu adalah waktu agar kamu habiskan simpanan terdahulu, melainkan sedikit untuk kamu simpan. Kemudian setelah itu datang tahun berikutnya, dilimpahkan buat manusia hujan yang cukup. Di saat itu, mereka memerah anggur.”
(Surah Yusuf: 47-49)
Dalam surah Yusof, antara strategi Nabi Yusof adalah menyediakan bekalan gandum secukupnya sebelum masuk musim kemarau. Baca di sini
Gandum yang dituai pada musim subur ditinggalkan sebahagian sebelum masuk musim kemarau.
Strategi bernas Nabi Yusof berjaya menyelamatkan Mesir daripada krisis pada musim kemarau tatkala negara-negara sekitar Mesir terjejas.
Musim subur adalah masa untuk menuai dan menyimpan gandum. Hasil tuaian gandum selama 7 tahun cukup untuk digunakan selama 14 tahun termasuk 7 tahun musim kemarau.
Jika dahulu gandum, maka sekarang – apa?
Beras, makanan ruji?
Emas?
Wang tunai?
Wang tunai nilainya makin susut.
Emas pula harga sedang rendah.
Beras pula agak tidak logik utk disimpan.
Atau apa?
Pegangan tunai amat penting untuk menukar tunai kepada beras.
“Cash is King” – Sesiapa yang mempunyai tunai dialah raja.
Tunai di sini merujuk kepada aset-aset yang boleh ditukar kepada tunai. Tak semestinya wang tunai di tangan semata. Tunai dalam akaun bank, deposit tetap, ASB, Tabung Haji – yang paling mudah cair.
Juga aset-aset tidak tunai tapi boleh dicairkan dengan segera seperti portfolio saham, unit trust, Kripto atau emas – yang mudah dijual dan dicairkan untuk mendapatkan tunai.
Hartanah agak sukar dicairkan, kecuali dibuat refinancing utk mendapatkan tunai.
Ia kembali kepada tunai untuk survive di zaman gawat, kecuali tunai ringgit Malaysia sudah tidak ada langsung nilainya.
Barang diingat, aset-aset pelaburan yang tidak cari begini selalunya mempunyai kos tertentu dalam mencairkannya. Ia perlu disimpan dalam tempoh yang lama barulah ia berbaloi untuk dicairkan.
Contohnya emas, jika baru sekarang kita nak beli untuk berhadapan hyper-inflation tahun depan, ia belum tentu untung. Sebab, ada kemungkinan harga emas menurun atau tidak naik. Jika naik pun, kos spread emas belum tentu cover modal belian emas dalam masa setahun dua.
Tapi jika sudah ada persediaan emas sejak 5-6 tahun lepas, barulah berbaloi. Begitu juga dengan aset-aset lain tidak kira saham, unit trust, kripto dan seumpamanya.
Tulisan di atas berasal daripada artikel tahun 2014 bertajuk “Menghadapi kegawatan ekonomi” dengan sedikit penambahan berdasarkan situasi terkini.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran