Category: Karya Kreatif

Jutawan Felda

Jutawan Felda Dua tiga hari ini kecoh pasal isu Felda. Tiba-tiba teringat kisah “Jutawan Felda”. Tak ada kaitan pun dengan isu peneroka Felda pemalas yang dicetuskan oleh Tokoh Felda Chef Wan. Ia kisah peneroka yang menjadi jutawan segera di Felda LBJ, Sepang. Mereka mendapat pampasan RM1 Juta selepas kerajaan mengambil alih tanah Felda mereka untuk

Doaku Untukmu Wahai Morsi (2)

Doaku Untukmu Wahai Morsi (2) Akhirnya dikau pergi, Di sebalik batu dan geriji besi, Darah dan nyawamu menjadi saksi, Di hadapan Ilahi, di dunia yang kekal abadi. Kami relakan pemergian ini, Syahid di jalan yang penuh suci, Kau tinggalkan dunia yang fana ini, Untuk bertemu tuhanmu di akhirat nanti. Morsi, Hidupmu sudah teruji, Perjuanganmu menjadi

Dangal

Semalam TV3 menyiarkan filem “Dangal” ini. Filem berdasarkan kisah benar yang dilakonkan oleh pelakon hebat  Afyan Khan, maaf Aaamir Khan. Untuk menjayakan filem ini ini Aamir sanggup “memboroikan” dirinya supaya dapat menghayati watak sebagai seorang bekas jaguh gusti yang sudah bersara. Filem ini lari dari filem-filem Hindustan lain yang terlalu klise. Tanpa kisah cintan

Jika Saya Diberi Peluang Untuk Membuat Skrip Iklan Raya TNB, Jalan Ceritanya Begini;

Jika saya diberi peluang untuk membuat skrip iklan raya TNB, jalan ceritanya begini; Babak 1. Ibu bapa di kampung seronok anak-anak balik beraya. Babak 2: Ibu bapa menangis semasa anak-anak pulang balik ke bandar. Iklan tamat. Keluar kredit. Babak tambahan (post-end kredit): Ibu bapa menangis lagi selepas menerima bil TNB. Agak-agak sempat buat tak? Ada

“Dia Lagi Ramai Followers Dari Ayah Tau! 160 Ribu Followers!”

  “Ayah, nak beli buku ni boleh?”, tanya Balqis. “Buku apa tu? Siapa penulis?”, tanya saya. “Novel. Penulis dia nama Teme Abdullah”, jawab Balqis sambil mengambil buku novel tersebut. “Apa nama penulis tu?”, pelik pula dengar nama penulis tu. Tak pernah dengar pula. “Teme Abdullah!”, bersungguh Balqis menjawab sambil tekun membelek dan membaca. “Teme Abdullah?

#DramaRamadhanSarah

#DramaRamadhanSarah Tadi ambil Sarah lambat dari sekolah. Selalu jam 3:50, tapi hari ini jam 4:30 lebih baru sampai sekolah dia. “Ayah, budak kecik kalau tak puasa takpe kan?”, tanya Sarah ketika memimpin dia ke kereta. Rasa lain macam pula dengan soalan Sarah kali ini. “Budak kecil takpe”, balas saya balik. “Ayah, tadi Sarah minum air”,

#DramaRamadhanSarah – “Ayah, nak beli buku boleh?”

#DramaRamadhanSarah Tadi bawa anak-anak ke supermarket, lalu di bahagian buku. “Ayah, nak beli buku boleh?”, kata Sarah. “Tadi kan dah beli mainan?” respon si ayah. Awal-awal dah beritahu setiap anak sudah ada bajet untuk membeli barangan sama ada buku atau mainan di supermarket berdasarkan wang simpanan masing-masing. Itu cara saya didik mereka untuk simpan dan

Tazkirah Jumaat oleh PU Tn Garu Hj Afyan Mat Rawi

(i) Rezeki bukan sekadar harta, Rezeki bukan sekadar pendapatan yang berjuta, Rezeki bukan sekadar wang yang berhasta-hasta, Rezeki bukan sekadar rumah dan kereta, Rezeki bukan sekadar hartanah yang bertimbun di desa dan di kota, Rezeki bukan sekadar pelaburan yang banyak laba. (ii) Memiliki isteri yang solehah dan sejuk mata memandang, juga adalah rezeki, Meskipun wajahnya